Iklan Pepsi World Cup 2010
Iklan Pepsi ni aku rasa da kuar kt tv tp yg kat tv tu iklan pendek. Ini iklan panjang dia...'uncut'...style gile iklan dia. Dalam iklan ni ada Messi, Henry, Kaka, Arshavin, Drogba & Lampard..Tak rugi layan...



http://myruleof3rd.blogspot.com .....>>>>>












Meh aku citer sket kerja aku. Aku kerja sebagai Landscape Architect (glamour la konon) kt company aku Global Wildlife Immersion (GWI). Specialist buat zoo...lebih kurang macam kerja si sudin la..."kerja saya merbahaya pakcik, siang malam berjaga2 saja...kerja apa nak sudin?...sambung ekor beruang pakcik...iskh..iskh...iskh...iskh..." tapi tu pada title saja...hakikatnya aku kat company aku nih kene buat semua kerja...building, landskap dan jugak zoology...rezeki tuhan company aku dapat projek buat zoo kemaman. So, ni la nak start kene pulun...nak tender bulan 5 tp design tak kompem2 lagi...aduhhhhh!...sebenarnya kemaman memang dah ada mini zoo tapi skang diaorg setuju nak besarkan zoo tu...dan kemungkinan akan jadi zoo terbesar kat Malaysia kot...(including future development)...biasa aku sembang ala2 drama melayu samarenda...citer projek nak gempak2 juta2 punya...besar punyaaaa!
So, doakan semuanya berjalan lancar dan projek zoo ni sukses...atleast ada gak la tarikan baru kat pantai timur...ok...ok...dah nak maghrib...jom solat.
Maka mereka meneruskan perjalanan di darat dan bertemu dengan seorang kanak2 yang sedang leka bermain. Al-Khidir dengan tiba2 memanggil budak itu dan dibawanya ke tempat yang sunyi lalu dibunuhnya. Alangkah terperanjatnya Musa melihat tindakan al-Khidir yang sewenang-wenangnya membunuh seorang budak lalu berkata, "Mengapa engkau membunuh budak yang tak berdosa itu? Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang keji". Al-Khidir menjawab, "Bukankah aku sudah berkata kepadamu yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan tindak-tandukku". Dengan rasa malu Musa menjawab, "Maafkan aku untuk kedua kalinya dan izinkan aku meneruskan perjalanan bersamamu. Jika berlaku perlanggaran syarat untuk kali ketiganya maka janganlah aku diperbolehkan menyertaimu lagi". Dengan janji Musa yang terakhir mereka meneruskan perjalanan lagi.
Mereka akhirnya sampai ke sebuah desa di mana mereka ingin beristirehat dan mendapatkan sedikit makanan. Namun tiada seorang pun penduduk di desa itu yang terkenal degan sifat bakhil memberi mereka makanan mahupun tempat beristirehat. Dengan rasa kecewa mereka meninggalkan desa itu. Dalam perjalanan keluar dari desa itu mereka ternampak sebuah rumah yang nyaris roboh dindingnya. Al-Khidir secara spontan menghampiri dinding itu lalu ditegakkan semula dinding itu. Musa kehairanan menegur, "Mengapa engkau berbuat kebaikan kepada orang2 yang jahat dan bakhil ini? Mereka telah menolak untuk tidak memberi kita makan dan tempat rehat. Sepatutnya engkau meminta upah atas dinding yang kau tegakkan untuk keperluan makan dan minum kita di dalam perjalanan". Al-Khidir menjawab, "Wahai Musa, inilah saat kita berpisah kerana engkau telah melanggar syarat untuk kali ketiganya. Akan tetapi sebelum berpisah akan ku berikan alasan atas setiap perbuatanku seperti yang aku janjikan".
"Ketahuilah wahai Musa, kerosakan bahtera yang kita naiki itu adalah kerana seorang raja yang zalim sedang mengejar dari belakang untuk merampas perahu itu. Apabila dilihat perahu itu rosak dan berlubang maka raja yang zalim itu akan berfikir dua kali sebelum merampas perahu itu kerana dianggapnya telah rosak berlubang. Maka selamatlah perahu itu dari dirampas oleh raja yang zalim sedangkan perahu itu kepunyaan orang2 fakir miskin yang digunakan untuk mencari nafkah".
Rasa sombong yang tercermin dalam kata2 Musa dicela oleh Allah. Allah memperingati bahawa ilmu Allah itu lebih luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia adalah rasul. Selanjutnya untuk menunjukkan kekurangan Nabi Musa, Allah memerintahkan kepadanya agar menemui hambaNya di satu tempat di mana 2 lautan bertemu. Hamba yang soleh itu iaitu al-Khidir akan memberi pengetahuan dan ilmu tambahan kepada Nabi Musa sehingga dia sedar bahawa tiada manusia yag dapat membangga diri dengan ilmunya. Nabi Musa bertanya tentang tanda pengenalan agar dapat mengenali al-Khidir. Allah berfirman, "bawalah seekor ikan di dalam sebuah bakul dalam perjalananmu, dan ketahuilah bahawa tempat di mana engkau kehilangan ikan itu, di situlah tempat engkau akan menemui hambaKu yang soleh itu". Musa pun memulakan pengembaraan dengan diirigi Yusya' bin Nun.
Sampai di satu tempat, tertidurlah mereka di satu batu besardi tepi laut. Semasa mereka tidur nyenyak, turunlah hujan rintik2 dan membasahi seekor ikan di dalm bakul yang mereka bawa. tanpa mereka ketahui melompatlah ikan itu dan masuk ke dalam laut. Bila mereka terjaga, mereka pun meneruskan perjalanan. Sampai di satu tempat yang lain Musa berehat seketika dan meminta Yusya menyediakan santapan. Ketika Yusya membuka bakul untuk mengambil ikan, teringatlah akan Yusya tentang ikan yang terlepas. berkata Yusya, "Aku telah dilupakan oleh syaitan untuk memberitahu kepadamu bahawa tatkala kita tertidur, ikan di dalm bakul telah terlepas". Wajah Nabi Musa berseri2 kerana petunjuk dari Allah telah diketahui. Lalu Musa mengarahkan agar kembali ke tempat ikan itu terlepas kerana di sanalah Musa akan bertemu dengan hamba Allah yang alim iaitu al-Khidir.
Seperti dijanjikan Allah, bertemulah musa dengan al-Khidir yang wajahnya tampak cahaya takwa dan iman. Musa meminta izin dari al-Khidir untuk ikut dan berjalan bersama ke mana sahaja al-Khidir pergi sebagai seorang murid. Al-Khidir menjawab,"Engkau tidak akan sabar dan tidak akan dapat menahan diri bila engkau bersamaku. Engkau akan nampak hal2 seakan2 perbuatan mungkar menurut pandanganmu". Musa menjawab,"InsyaAllah engkau akan dapati aku seorang yang sabar". Berkata Khidir lagi,"Jika engkau benar2 ingin berjalan bersamaku, berjanjilah yang engkau tidak akan bertanya tentang sesuatu sebelum aku memberitahu kepadamu. Engkau harus berjanji tidak akan menentang kerana aku akan memberi tafsiran dan alasan atas segala tindakanku di akhir nanti".
Pendek je post aku malam nih. Sama pendek ngan awek kedai nasik lemak depan umah aku..(pendek tapi muka manis)...sekian, Selamat Malam....
Sekarang...ada lagi ke suasana macam tuh? Piala thomas lepas jgn kata layan, siap ada yang tak tau piala thomas dah mula. Mana ada lagi dah satu keluarga kumpul ramai2 depan TV layan badminton...
Dulu aku memang kritikal sket beb, bab2 rambut nih. semua gaya aku try...(walaupun kekadang aku rasa macam nak karate muka sendiri)...botak aku penah buat, pendek terpacak penah buat, mohawk pun penah, mak aku je tak tau sebab time nih kat UTM...(kalau mak aku tau dulu memang kena baling ngan mesin parut kelapa)...sebijik macam trojan...tp kejap je pastu aku gunting balik. Sekarang, pendek je...kemas dan sesuai ngan umur aku...(iye ke...iye kan je la).
Ahmad Idham, perasan lawak...Buat la cerita senario beach boy. Aduuuhhhh! aku rasa sarkis lagi lawak. Orang putih wat citer drift, ko pun sibuk wat citer drift...bila orang lain buat citer hantu laku, ko pun sibuk buat citer hantu...Pastu, tak abis2 dari dulu nak buat citer mat rempit. Idea ko lagi kecik dari mata ko...
Impian aku selain nak ada rumah, aku nak beli satu SLR..Nikon...(tak dapat nikon pape je la janji SLR)...sbb aku nak jadi macam mamat kat bawah nih...Austin Stevens. Aku kerja design zoo & selalu sangat tengok binatang depan mata tapi rasa sangat2 rugi sbb takde SLR...kan best dapat amik gambar binatang macam kat bawah nih...hhhrrrmmmmm!
kan best kalau dapat capture moment2 macam nih...
Kene usaha lebih keras mulai hari nih. Dah tuh tak reti2 nak sambung buat kerja...asyik surf internet je...Dah...Dah...sambung kerja semua.
Entrance ala2 resort sket. Dengan tiang kayu, tangga batu...dari luar orang dah bleh nampak rumah entrance aku. Bumbung pakai material 'bintangor' biar blend ngan nature sket...Depan ada elemen air sket biar bagi soft sket...aku nak kekalkan elemen tangga sbb tu ciri2 rumah melayu, mesti ada tangga...
Living room aku, aku nak simple je. Takyah banyak perabot sebab aku taknak susahkan bini aku esok...(jgn jadi malas sudah)...aku nak bini aku fokus kat aku bukan kat rumah...huhu.. Konsep kene sama secara keseluruhannya...Pastu living aku face dengan pool so balik2 kerja rasa rilek je..kot2 hari panas terus je terjun kolam...living aku biar open senang angin masuk...(jgn nyamuk pun masuk sudah)...baru la macam dekat resort.
Aku punya dining...mestilah open concept. Pastu ada water elemen...fuh! baru best makan. Kene lak bini aku masak sedap...pastu main suap2 ngan bini. Pergh! jawabnya jiran sebelah amik bau je la. Pastu buat landscape macam suasana kampung sket...(pokok2 mesti hijau lebih dr kaler lain baru jadi)...
Bedroom aku mesti kat tingkat atas. Sliding door kene ada. Baru bleh dapat view menarik...Kene ada balkoni so aku bleh hangout, lepak carik ilham, tgk alam semulajadi...pergh! macam org seni la plak. Tapi time tidur mesti la kene tutup pintu tu kalau tak orang nampak kang tak best...Katil mesti katil yg ada tiang empat macam dalam gambar nih, pastu ada kelambu...baru romantik...hehehe.
pastu bilik aku link ngan bilik baju yang besar. aku dah lama ngidam bilik baju besar macam nih. pastu letak cermin besar...
bilik mandi, pun aku nak buat open concept...(macam kat R&R)...tapi kene ada wall keliling for safety.
Kitchen, aku bagi interior dia modern touch la. finishing banyak pakai steel ngan marble. Kasi semangat sket kat orang dapur...aku ni suka makan so biar bini aku rajin sket masak bila ada dapur yang proper. Kaler black ngan silver...dapur tu takyah la luas mana janji muat kalau aku nak main nyorok2 ngan bini aku...(jangan sampai tak masak sudah)...
Overall concept utk landscape rumah aku mesti kampung melayu. Banyak pokok2 besar dan hijau...Hijau tu penting biar sejuk sket. Pokok besar mesti banyak biar redup. Rumput keliling rumah biar pagi2 bau rumput takde la pagi bau asap kereta macam kat Kl. peacefull...
bila dah redup barulah rasa tenang. pastu banyakkan stream...ada lak bridge dari satu space ke space yang lain.
Dah landscape kampung tak lengkap kalau takde binatang. Ayam kampung mesti aku bela dalam reban biar pagi2 dengar bunyi ayam berkokok. Agak2 nak raya takyah beli ayam sebab dah ada ayam kat rumah. Taklah anak aku esok jakun tak penah nampak ayam.
2009 KISAH ARIK. Design by cssmayo.com, Converted into Blogger template by Theme Craft