Negeri Sembilan vs Terengganu


Hobin Jang Hobin...bilo lai agak eh N9 nak monang Pialo Malaysia...tahun 2009 utk Negeri sembilan. Rasanya tahun ni kot...ekekeke...papepun selamat berjuang di Kuala Terengganu...pastikan kito balik bawak kemenangan....Hobin Jang Hobin!



ps : masuk final kita serbu Bukit Jalil....

New Item....


Produk baru di http://www.kedaikopibapak.blogspot.com/

BAKE N' BITE....>

Sejarah Karbala


Berikut adalah kisah Perang Karbala yang terjadi semasa zaman Saidina Husain...Perang yang menyebabkan waris Nabi hampir2 pupus. Perang ini meletus antara pengikut2 Islam iaitu pengikut Imam Husain dengan pengikut2 yang menentang yang dikepalai oleh Yazid Muawiyah. Ceramah ini disampaikan oleh Habib Ali al-Jifri. Menitis air mata kalau dengar ceramah ni...Ambillah iktibar wahai sahabat semua...

Niat...


Niat...bila sebut pasal niat, orang melayu cukup pantang dengan niat nih. Salah niat je mengamuk org tua. Dari kecik lagi kita diasuh dengan niat...suh hafal niat puasa, niat sembahyang, niat itu niat ini...mcm niat tuh satu benda yg penting sampai kekdg tuh salah baca niat dianggap salah. Kita tgk masa kita kecik2 zaman budak sekolah. Disuruh kita hafal niat puasa...(kene hafal ke?)...kita masa tuh mana la tau apa2. Hafal la beria2 sampai kene rotan kalau tak tau niat. Natijahnya bila dah beso ni niat mcm satu permulaan penting dan kalau niat tak hafal tak boleh puasa dan sebagainya...

Memanglah kalau kita bukak balik kitab Hadith Sahih Bukhari, perkara pertama yg disentuh adalah berkenaan dengan niat. Maknanya niat tuh adalah permulaan ibadah. Tak lengkap ibadah tuh kalau tak disertakan dengan niat. Dimulakan dengan niat bagi setiap ibadah agar nawaitu kita dalam melaksanakan ibadah tu betul dan tak terpesong. Contoh niat berpuasa adalah kerana Allah SWT dan bukannya sbb takut kene rotan baru nak puasa, bukan sebab awek puasa kita pun puasa, bukan sebab orang semua puasa kita pun puasa..."innamal a'malu binniat...tiap-tiap amal harus disertai dengan niat"...maknanya amal kita ni tak lengkap kalau takde niat. Apa yang ana nak tekankan di sini adalah pasal berniat nih. Ni nak sentuh sikit sikap kita org melayu...ana harap takde yg terasa sbb niat ana nak membetulkan benda yg dh sekian lama bersarang dlm minda org melayu nih.

Bila berniat nih, org melayu terlalu pentingkan apa yg diajar masa kecik dan kalau tak dapat hafal niat tak boleh beribadah. Ana amik satu senario niat puasa. Ustaz ajar niat puasa baca sebelum tidur. Maka terkemat kemut la mulut kita baca niat dalam hati...(nama dlm hati padahal kekadang orang sebelah boleh dengar)..."sahaja aku puasa...ermmm..esok hari...(apa lagi eh).." Ah! sudah..tak hafal. Maka pening kepala kita nak mengingat balik apa niat puasa. Last2..."sahaja aku puasa...esok hari...dua rakaat..." Ah! sudah. Bila masa lak puasa ada 2 rakaat...yang lagi teruk, bila malam tu terlupa baca niat puasa...(dah nama niat, kene baca ke?)...esoknya tak puasa dengan alasan lupa berniat. Wahai orang melayu yg cerdik pandai, niat nih sebenarnya adalah apa yg tergerak di hati dan bukan apa yg kita sebut dibibir secara perlahan. Bila baca tuh bukan niat, tuh baca...bak kata org jawa...'read'...

Niat ni tak perlu lah hafal beria2 ikut skima jawapan sekolah. Kita niat dlm hati nak puasa esok pun dh kira niat. Yang penting kerana Allah SWT. Contoh seorang ibu berniat nak sediakan juadah sahur malam tuh untuk berpuasa esoknya pun dh dikira niat. Ini kekadang bila tertinggal satu perkataan pun kita dh cuak...maka bnyk la soalan2 bertanyakan ustaz2 mengenai niat puasa yg betul. Bukan la jugak maknanya niat yg kita hafal masa sekolah tuh salah tp bagus la sbb kita ni kekadang niat mcm2 kalau nk beribadah...nama je kerana Allah tp sebenarnya nak menunjuk2. Kalau tak, takkan menderma kat TV sampai cek besar gedabak nk tunjuk kat satu Malaysia...Itu tak kira lagi pasal orang mempertikaikan niat. Contoh sebutan 'Usolli' dalam niat solat yang satu ketika dulu ada orang sibuk pertikai. Ilmu ana tak cukup tinggi nak kupas bab tuh cuma ana nak ingatkan, jadilah muslim yang smart. Janganlah jadi muslim yang asyik ikut je apa yang orang lain buat. Tak tahu tanya jangan jadi bodoh sombong. Study balik sbb tak salah kita belajar balik benda2 basic yang mungkin kita dah lupa. Takde rugi mana kalau kita polish balik ilmu Allah nih. Manfaatnya akan berbalik pada kita...

Akhir sekali, mulakanlah setiap amalan baik dengan niat dan jangan jadikan alasan lupa berniat untuk kita tinggalkan amal ibadah...InsyaAllah.