Tarikh Akhir tempahan...


Tempahan kerepek untuk hari raya adalah selewat-lewatnya sebelum hari KHAMIS BERSAMAAN 3/9/2009...memandangkan tempahan begitu menggalakkan dikhuatiri stok bahan mentah tidak mencukupi, maka dengan ini tempahan terpaksa ditutup awal...bagi mereka yang ingin membuat tempahan hendaklah berbuat demikian sebelum hari Khamis...sebarang tempahan selepas hari khamis tidak akan diterima kerana dikhuatiri berlaku kelewatan penghantaran dan sebagainya...sekian

tokey kecil-kecilan
shah rizan...

TEMPAHAN MASIH DIBUKA...


Tempahan kerepek untuk hari raya seperti iklan di bawah masih lagi dibuka. Alhamdulillah dan semakin ramai orang yang membuat tempahan. Disebabkan ramai yang bertanya, maka saya iklankan lagi senarai kerepek berserta harga dan saya dengan bangganya memperkenalkan satu lagi jenis kerepek untuk tempahan iaitu JEJARI IKAN BILIS...cepat sementara stok hari raya masih ada....=]


Jejari Ikan Bilis / RM 6.00 New

Kerepek Ubi Masin / RM 5.00 Selling fast

Kerepek Ubi BBQ / RM 6.00 Selling fast

Kerepek Ubi Black Papper / RM 6.00

Kerepek Ubi Pedas Kering / RM 8.00 Selling fast

Kerepek Ubi Pedas basah / RM 8.00 Selling fast

Jejari Ubi / RM 6.00

Kerepek Keledek / RM 6.00

kerepek Pisang Tanduk / RM 9.00 Selling fast

Kerepek Pisang Abu / RM 7.00 Selling fast

Kerepek Pisang Manis / RM 8.00

Keropok Kacang Dal / RM 7.00

Tempeyek Kacang Tanah / RM 10.00 Selling fast

Tumpi Kacang Dal / RM 10.00

Kuih Tiram @ Bujang Lapok / RM 8.00

Kuih Bijan / RM 8.00

Kuih Siput / RM 8.00

Kuih Sepit / RM 7.00 Selling fast

TEMPAHAN KEREPEK HARI RAYA...


Hari Raya takkan berseri tanpa kerepek...(tuh aku punya slogan)...jadi sempena Ramadhan dan Hari Raya yang lambat lagi nih saya ingin mempromosikan kerepek untuk tempahan hari raya. Kerepek keluaran Indah Nor Enterprise ini sememangnya diimport khas dari sepang...(kerepek orang jawa sepang...jangan main-main)...Tentu gembira hati orang tua bila si anak bawak ole-ole sempena hari raya ni kan. Setiap kerepek dijual dalam paket seberat 500gram @ 1/2 kg bagi memudahkan anda membawa pulang ke kampung...(terutama yang naik bas pulang raya nanti)...Dijamin halal dan original...Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah merujuk senarai harga yang tertera di bawah :


1. Kerepek Ubi Masin ( RM 5.00 )










2. Kerepek Ubi BBQ ( RM 6.00 )










3. Kerepek Ubi Black Papper ( RM 6.00 )










4. Kerepek Ubi Pedas Kering ( RM 8.00 )











5. Kerepek Ubi Pedas Basah ( RM 8.00 )











6. Kerepek Ubi Jari ( RM 6.00 )

7. Kerepek Pisang Tanduk ( RM 9.00 )












8. Kerepek Pisang Nipah/Abu ( RM 7.00 )












9. Kerepek Pisang Manis ( RM 8.00 )


10. Kerepek Keledek ( RM 6.00 )









11. Keropok Kacang Dal ( RM 7.00 )


















12. Rempeyek Kacang Tanah ( RM 10.00 )















13. Tumpi Kacang Dal ( RM 10.00 )











14. Kuih Tiram / Bujang Lapok ( RM 8.00 )











15. Kuih Bijan ( RM 8.00 )
















16. Kuih Siput ( RM 8.00 )

17. Kuih Sepit ( RM 7.00 )











Penghantaran hanya sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja. Kepada mereka yang berada di luar kawasan bolehlah membuat temujanji dengan saya untuk menyerahkan tempahan. Kepada mereka yang ingin membawa pulang ke kampung dinasihatkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kelewatan tempahan anda. Sebarang caj tambahan tidak dikenakan. Sebarkanlah pada kawan yang ingin membuat tempahan. Bayaran dibuat selepas anda menerima tempahan anda...(adil bukan).
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya segera di talian ( 012-3622309 - Shah Rizan ).

Dijamin Sedap dan Halal...Berbaloi baloi...

Selamat Menyambut Ramadhan


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...semoga ramadhan pada tahun ini memberi seribu satu pengertian yang berharga dan sesama kita mendapat manfaat yang berguna di dunia dan akhirat...semoga dengan kehadiran ramadhan ini dapat mengingatkan kita akan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik. kita ni mewah tapi mereka terpaksa berlapar dan dahaga untuk meneruskan hidup dan ada antara mereka yang mati kerana kurang makan tetapi kita juga mati tetapi disebabkan terlebih makan...renung2kanlah saudara ku sekalian...salam ramadhan untuk semua



ikhlas,

Shah Rizan Tumeran
tuan punya blog...

Pengumuman Puasa


Rasanya dah lama gila aku tak update blog aku. puas aku perah otak nak tulis apa dalam blog aku. Maklumlah otak aku tgh kusut sbb kereta aku baru lepas hilang...(pening la pening)...skang ni dh rilek sket, so boleh aku sambung berkarya...Kira nih post untuk menjelang puasa skali la...(dasar malas nak update).

Bila tiba je Ramadhan maka bnyk la perkara yang bermain dalam fikiran kita. Teringat kata-kata ustaz Ismail Kamus..."bila tiba je puasa semua org ingat makanan. makanan yang ada ngan makanan yg takde...puasa nih dh macam pesta makanan"...aku gerenti kalau ada org jual batu bata panggang pun mesti semua terliur...berapa sekilo bang? kat situ dah nampak bertapa kita lemah sebagai manusia kerana berkehendakan makanan. Macam-macam lagi la perkara-perkara yg bermain kat kepala kita bila nak tiba puasa nih.
Sebenarnya aku pun puas la pikir, apa benda yg aku selalu teringat bila bulan puasa. Terawikh, tak boleh makan, jaga nafsu, ayam percik...(apa lagi eh)...ha! pengumuman puasa. Maka, hari ni aku nak cerita pasal org yang bertanggung jawab memberikan berita gembira bagi mereka yg paham erti puasa dan berita sedih bg mereka yg suka ponteng puasa...Korang kenal ke org yg selalu bg pengumuman time nak puasa ngan raya. Ha! ni lah org tu...dr aku kecik sampai aku besar panjang masih lagi bertahan sampai sekarang. Aku dah boleh cakap dia nih macam ikon menjelang puasa dan raya...(legend tuh pakcik nih)


Sebenarnya nama pakcik nih... Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah...(banyak gila pangkat)...So, aku panggil Engku Ibrahim la senang..hehehehe. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, suara dia nih macam ada aura...(mawi pun kalah)...bila dia bagi salam je meremang bulu roma. Apa taknya, Engku Ibrahim nih bertanggung jawab sampaikan titah sultan nak bagitau korang dah kene start puasa...(besar tanggungjawab tuh)...yang best tuh, gaya dia umumkan tarikh tuh dr dulu sampai skang sama je. Duduk rilek dan tenang...Aku ingat lagi dulu masa kecik2 bila pengumuman puasa je aku ckp depan TV suh dia bgtau esok tak jadi puasa...'tolong la jgn besok puasa, tolong la jgn besok puasa'...sbb memang tak penuh pun puasa aku. Aku start penuh puasa darjah 4. Sblm tuh semua puasa yang yok, pagi pagi bukak periuk...Aku pernah marah abg2 aku sbb buat bising masa dia nak bagi pengumuman. Bg la org tua nih abiskan cakap dia...(emo plak).

Tuh ok lagi, sampai je ayat..."dengan ini diumumkan, tarikh permulaan puasa....". Time nih dah tak sedap badan dah...(lebih-lebih lak masa kecik2)...tp serius beb, suara dia la aku rasa paling legend dan paling bnyk aura...(aura mawi pun aku rasa takat 1/10 dr aura dia)...Agak2 korang sampai bila agaknya Engku nih larat nak buat pengumuman puasa ek? Macam aku cakap la, dia dah jadi sebahagian ikon yg pernah aku tgk kat dunia nih.Kalau satu hari nanti ada rg yang ganti dia, camne agaknye rupa ngan suara dia ek...Moga Allah lanjutkan usia beliau agar dapat memberi khabar berita gembira untuk semua ummah. Tak lama lagi kita akan dapat tgk muka dia buat pengumuman...(rindu lak rasa nak dengar ayat keramat dia)...Kepada Engku Ibrahim semoga sihat dan panjang umur agar generasi baru pun kenal akan jasa Engku. Walaupun skang nih aku rasa cam biasa je tp kau tetap menjadi pojaan hatiku...Kepada korang plak, jangan lupa puasa nih setahun sekali. Belum tentu kita akan jumpa lagi puasa tahun depan. sama-samalah kita muhasabah diri dan tingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Doa biar ibadah kita tip top sampai hujung nyawa kita dan bukan takat bulan puasa je...Ibadah yang utama adalah ibadah yang sedikit tetapi berterusan....Selamat Berpuasa semua.

8.30 pm: Alhamdulillah, baru sebentar tadi Engku Ibrahim wat pengumuman...kita mula berpuasa hari sabtu bersamaan 22/8/2009....InsyaAllah

SETEM...


Hari ni aku nak citer sket pasal movie yg aku tgk smlm...Setem...filem ni pengarah dia Kabir Bhatia (yg buat citer sepi ngan drama nur kasih)...serius beb, lawak giler. bnyk point2 yg korg akan tergelak sebab citer dia simple tp cara dia olah citer ni yg buat citer nih best...citer dia pasal berebut satu setem yg kononnya berharga jutaan ringgit...pada mereka yg suke tgk citer kelakar ngan citer ala2 'baik punya cilok'...this is the film you should not miss...serius...nak citer lebih2 takleh, korang kene layan sendiri citer nih.
ps : hangpa semua suka ikan?...