P Ramlee....


P Ramlee sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi kita. Seniman agong ini merupakan idola aku sebab sampai skang aku rasa takde pelakon atau pengarah filem dan muzik yang setanding dengannya. Lawak dia, sampai skang masih lagi evergreen walaupun banyak dialog dia aku dh hafal...tp bila tgk balik masih nak tergelak. Hari ni aku nak kongsi sket tentang sejarah seniman yang digelar P Ramlee ni...
Nama sebenar P Ramlee adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 (sebelum perang daaa) di Counter Hall, Penang. Filem2 beliau telah banyak membuatkan para penontonnya berguling2 tergelak, meleleh air mata menangis dan terhibur dgn telatah beliau dan rakan2 dalam setiap filemnya. Jangan kata org tua, org2 muda yang mungkin lahir selepas dia meninggalkan dunia juga suka dengan filem2 beliau. Bagi aku secara jujur aku paling suka cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis...3 cerita nih memang aku suka. Bagi aku setiap filem beliau bnyk berkisar tentang masyarakat dan dekat dengan jiwa org2 melayu sbb tuh semua golongan suka akan cerita beliau. Memang kdg2 ada sedikit sindir menyindir secara tersirat tp sindiran itu yg buat filem2 P Ramlee ni unik.

Kronologi Filem2 P Ramlee...

1 - PENARIK BECA (1955)...tangkap leleh
2 - SEMERAH PADI (1956)
3 - PANCA DELIMA (1957)
4 - BUJANG LAPOK (1957)...start buat cerita lawak
5 - SUMPAHAN ORANG MINYAK (1958)
6 - PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)...favourite aku nih


7 - MUSANG BERJANGGUT (1959)...era filem lawak bermula
8 - NUJUM PAK BELALANG (1959)...belalang

9 - ANTARA DUA DARJAT (1960)
10- ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)...ngan sudin & ajis
11- SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
12- IBU MERTUAKU (1962)...ala kasimmmmm

13- LABU LABI (1962)
14- NASIB LABU LABI (1963)
15- TIGA ABDUL (1964)...jgn marah nanti kene jual
16- MADU TIGA (1964)...kasian
17- RAGAM P RAMLEE (1965)
18- MASAM MASAM MANIS (1965)...aku suke citer nih


19- SABARUDIN TUKANG KASUT (1966)
20- DO RE MI (1966)..tompel paling aku minat zaman nih
21- NASIB DO RE MI (1966)
22- SESUDAH SUBUH (1967)
23- KELUARGA 69 (1967)
24- ANAK BAPAK (1968)
25- GERIMIS (1968)
26- AHMAD ALBAB (1968)
27- KANCAN TIRANA (1969)...pastu dia rest kejap
28- LAKSAMANA DO RE MI (1972)...filem terakhir beliau.

papepun, filem dia memang best. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Kisah Singa Dan Manusia


Apa yang saya nak kongsi ni merupakan satu video kisah benar...true story...benar2 terjadi...ini betul betul bukan cobaan...Kisah kasih sayang antara manusia dan haiwan. Ni bukan binatang biasa tp binatang buas...sang singa....iye singa, bukan kucing siam ke kucing parsi ke kucing hutan ke...tp singa.

Kisah ni terjadi sekitar tahun 1969...antara 2 orang sahabat iaitu John Rendall dan Ace Berg. 2 orang kawan ni kira mcm pencinta haiwan gak la...mcm aku la lbh kurang. Nak dijadikan cerita mamat 2 orang nih terserempak ngan anak singa yang dikurung di Harrods...Harrods itu dekat2 dgn negeri gohedgostan kot...Diaorg kesian tgk anak singa ni sbb terkurung, lemah, kene seksa walhal singa nih haiwan yang perlukan lesen untuk sebarang urusan perniagaan dan setiap jual beli juga ada had. Jadi atas peri kemanusiaan diaorg nih beli singa tu sbb nk selamatkan anak singa ni. Tujuaan utama diaorg nih nk bela sampai matang pastu lepaskan balik kat dalam hutan savanah afrika atau dalam bahasa kitab haiwan 'reintroduce'.


Dalam tempoh penjagaan singa nih diaorg layan anak singa ni mcm anak sendiri. Tidur sama, makan sama2, main sama, lepak minum kopi pun sama2...atau dalam kata lain bagi layanan istimewa...(korang boleh tgk dlm video nih nanti)...pendek kata, diaorg memang sayang gila kat anak singa ni sampai kekadang jalan2 pun bawak anak singa nih. Singa ni pun cukup manja ngan mamat dua org nih.


Nak dijadikan lagi cerita, lepas beberapa tahun singa ni besar. Diaorg dh takleh bela lagi sbb dah cukup matang dan target utama dia nak lepaskan singa nih balik. Memang syahdu la sbb masa dalam perjalanan singa yg dah besar nih siap mintak dukung sbb takut...(scene nih ada dlm video)...dlm perjalanan tuh gak diaorg sedih tgk singa tuh tidur sbb agaknya penat sgt asyik terlompat sana sini. Sampai kat kawasan kawanan singa tuh diaorg pun lepaskan singa tuh. Diaorg bukan lepaskan camtu je tp pantau dari semasa ke semasa sbb nak tgk progress singa tuh membesar. Diaorg ada gak suruh org masai tolong tgk2 singa nih kot2 ada benda buruk jadi. Mengikut laporan, agak lama gak la singa nih nak sesuaikan diri ngan habitat baru sbb dr kecik singa nih dah kene culik...so dia amik masa nak sesuaikan dgn habitat savanah nih.


Selang beberapa tahun mamat dua orang nih rindu kat singa nih. Diaorg pun nekad nak jenguk singa yang diaorg bela nih...ala mcm mak bapak jenguk anak kt asrama...Tp mengikut org yg memantau progress singa ni bgtau yg keadaan agak bahaya. Ini disebabkan singa nih dah mula sesuai dgn keadaan asal dan yang paling menakutkan singa nih dah jadi kepala dalam kelompok family dia...Silap2 ngan tuan2 dia skali singa nih tak kenal. Sedikit info, singa hidup secara kawanan atau 'tribe'...Bila dah jadi ketua dlm kalangan kumpulan nih karektor dia dh bertukar jadi ganas sket sbb nak kasi eksyen sket ngan singa yg lain...singa yg diaorg bela nih cuma kenal ngan org masai yg pantau dia je tp dgn tourist dia jadi ganas...bukan kejam tp sifat singa nak lindungi anak2 dia...diaorg dua org nih sedih tp masih berkeras nak face to face ngan singa yg diaorg jaga dulu.

korang tau apa jadi masa mamat dua org nih jumpa singa yg dah besar tuh...iskh..iskh...iskh...korang tgk la sendiri...amik pengajaran dari kisah benar nih.




Top 10 World Cup Goals


TOP 10 WORLD CUP GOALS...
10- (PELE) Brazil vs Czechoslovakia (1970)
9 - (JOHAN CRUYFF) Holland vs Brazil (1974)
8 - (JOSIMAR) Brazil vs Northern Ireland (1986)
7 - (ROBERTO BAGGIO) Italy vs Czechoslovakia (1990)
6 - (DENNIS BERGKAMP) Holland vs Argentina (1998)
5 - (MICHAEL OWEN) England vs Argentina (1998)
4 - (LOTHAR MATTHAUS) West Germany vs Yugoslavia (1990)
3 - (SAEED OWAIRAN) Saudi Arabia vs Belgium (1994)
2 - (DIEGO MARADONA) Argentina vs England (1986)
1 - (CARLOS ALBERTO) Brazil vs Italy (1970)...

Ibadah Korban...


Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi sbb kami sekeluarga dah berjaya menyempurnakan ibadah korban. Macam2 perasan ada masa majlis korban tuh...insaf, bersyukur, gembira sbb segala2nya berjalan mengikut perancangan. Seronok gak sbb dapat kumpul ramai2 dengan ahli keluarga dan org2 kampung yg bertungkus lumus tolong menumbangkan lembu yang agak liat gak la masa nak sembelih tuh...memang aku tabik la kat org2 kampung yg berjaya meng'handle' lembu yang nak dibuat korban. pengalaman yg bagus untuk dijadikan teladan utk semua org agar dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya...pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail...



Lembu nih kitaorg kongsi adik beradik. Setiap orang amik satu bahagian. Lembu ada 7 bahagian so sorang satu bahagian. Aku pun tak ketinggalan amik bahagian sebagai tanda kesyukuran...sbb akhirnya projek zoo kemaman dah nak mula...amin.


ps: tahniah buat syahirah sbb dapat 5A dalam UPSR...

Salam Idul Adha...



Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, aku nak mengucapkan selamat Hari Raya Qurban...semoga kita sama sama dapat mengambil pengajaran dari peristiwa qurban ini untuk sama2 kita menuju kejayaan di dunia dan akhirat...petang ni aku akan pulang ke kampung untuk menemui keluarga tercinta...(chewah! macam jauh no kampung)...kepada mereka yang pulang ke kampung pada hari ini juga diharap berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa baca doa sebelum memulakan perjalanan...Salam Idul Adha.

Photo of the week...



ps : ini baru bola sepak...hehehehe...aku tak kesah pun sbb dua2 team aku tak sokong....

Superman


aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki laki tak boleh nangis
harus slalu kuat harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting
jadi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan
tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah slalu mahu
kita berjanji tuk tidak lagi
menangis kerna cinta

Sesame Street....


Semenjak dua menjak ni bila aku bukak Google mesti kuar gambo kartun sesame street (kartun ker? aku rasa patung je semua...pape la)...asal bukak kuar gambo dia, asal bukak kuar gambo dia, asal kuar gambo dia je aku bukak...rupanya kartun Sesame Street ni sambut ulangtahun ke 40...(ada aku kesah). Aku minat ke tak? jangan harap...Dari kecik lagi aku tak minat citer nih...mcm sangap je aku rasa masa kecik2...Kakak aku penah gak suh layan sbb konon2 ada knowledge sket...tak dapek do...baik aku layan kartun lain...thundercats, ultraman, fantastic 4 dll...

Tapi sbb aku nak buang masa aku, aku nak share la sket pasal kartun nih. Rupa2nya dah 40 tahun ek...kira legend gak la. Malaysia ada ke citer2 cam ni yg bleh tahan lama...Ada la jugak citer Along...A.L.O.N.G...ALONG...tu pun skang tak tau ada lagi ke tak...Berbalik pada Sesame Street nih, citer nih mula2 skali tayang pada 10 November 1969...(katanya la...) watak utama yg menjadi kegilaan kanak2 (gile ke) adalah 'Big Bird' ngan 'elmo'...dan hari ni baru aku tau citer ni orang Yahudi yang buat...(memang patut aku tak suka dulu).

Sebenarnya aku cam agak pelik gak la. Citer simple camni bleh jadi glamour ek...aku ada terpikir, kalau citer camni budak2 bleh suka, kenapa kita tak buat citer kanak2 camni yg bagi knowledge pasal Islam...kot2 cara ni boleh tarik diaorg cintakan Islam in the different way...tapi kene make sure citer dia betul2 bermutu la. Ini tak kadang2 aku tgk (bukan nak kutuk tp memang nak kutuk)...macam sambil lewa je wat citer. Budak2 pun boleh gelakkan badut tuh...Melentur buluh biar dari rebungnya...so, bayangkan kalau budak2 dari kecik dah cintakan Islam...suka solat, suka mengaji Quran, suka kisah2 nabi dan sahabat, suka berbuat amal soleh...Ini tak, yang sibuk TV tekankan citer nyanyi2 ngan joget2...yang lagi teruk, digalakkan lagi budak tuh melalak...Idola kecil dan sebagainya...tepuk dada tanya iman la beb....Jangan sampai orang luar cap org Islam ni cuma suka benda hiburan. Aku rasa semua budak2 dah jadi minat menyanyi dari mengaji. Kekadang tuh yang lagi parah, mak ayah siap paksa anak dia jadi artis...(iskh...iskh...iskh)...Bukan la pulak aku anti hiburan, aku pun layan hiburan gak, cuma atleast balance kan la antara citer hiburan ngan citer2 dakwah...sebab aku rasa ramai kanak2 tau nama artis dari nama rasul...Tak caya, cuba tanya adik2 kita @ anak buah kita @ anak kita...

Kesimpulannya, aku memang tetap tak suka citer Sesame Street...

Hobin Jang Hobin...


Tahniah kepada pasukan negeri aku..Negeri Sembilan sbb lepas 61 tahun tak menang piala ni akhirnya menang gak...(61 tahun...sblm merdeka tuh. org tgh berperang dia main bola)...dulu masa n9 menang piala ni diaorg tak panggil piala malaysia tp HMS Malaya...(pape lah janji menang). Tahniah kepada semua pemain, pengurus, jurulatih dan penyokong yg bnyk menaikkan semangat pasukan...aku la salah sorg tuh..ekekeke...Pengalaman yg aku nk kongsi ni memang getir ngan trill giler ah. Dari aku nk beli tiket sampai la n9 menang...

Masa seminggu dua nk final, aku punya la beria2 bakar semangat kawan2 dlm facebook...'hobin jang hobin', ' mari serbu bukit jalil la'...mcm2 lagi la. Padahal tiket takde lagi tuh. Aku pun confirmkn ngan abg aku. Dia kata ada runner nk beli tiket...cantek...takyah beratur nk beli tiket. Dengan semangat yg berkobar2 aku pun bakar lagi bdk2 dlm facebook...(padahal tiket tak confirm lg tuh...hampeh betul)...Sebelum tuh, yg nak pegi ni 3 org aku (mewakili rakyat PD), sogol (mewakili rakyat Pilah) ngan Bob (mewakili parlimen Banting...eh! ada kene mengena ke?...xpe la sbb kampung dia n9)...Hari yg ditunggu2 hampir tiba...(berdebar2 tuh)...Tepat hari jumaat lepas solat jumaat abg aku sms...tiket habis!...HAAA! HABIS....hatiku luluh berkecai, panas yg kusangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..(kepala hotak kau)...dan dan besok nk final tiket takde...aduhhh! masak aku. Beria semangat nk pegi last2 tiket habis...Macam2 ikhtiar gak aku cuba...call sepupu aku kt subang rupanya dia pun tak dpt tiket...Sepupu aku kat kuala selangor pun tak papat tiket. Nak redah beratur kt bukit jalil, jgn harap la labu...org dr pukul 8 pg dh start beratur...aduhhh...kechiwa aku.

Tetiba member aku dpt sms dr adik dia, ada satu tiket kosong...dia tgk aku, aku tgk dia...bye2...Dah adik dia, sah2 la dia yg dpt tiket tuh. Lagi la bertambah bengkek aku...Aku yg beria2 nak pegi last2 dia dpt pegi sorg...Detik kick off semakin hampir jam menunjukkan pukul 6 ptg...(maknanya ada lagi 2 jam 45 minit)...Punya la nak cover kecewa aku pun bukak facebook main farmville...(dh takde kerja sgt la tuh)...si bob memang dh tawar hati la sbb takde tiket...(apakeadahal...dia kg je n9 duduk selangor)...Tetiba, si sogol ni terkam aku..."wei! ada 2 tiket"...aku terkelu...lidah aku membisu tak berkata apa2...ini mimpi ke apa?...(mcm drama la plak)...yahoooo!...ada lagi satu tiket kosong. Bob dah pandang lain mcm kt aku sbb yg takde tiket skang aku ngan bob. sekali member adik dia dh panjat pagar dpt masuk free. so ada satu tiket extra...Setelah membuat perbincangan org yg layak dpt tiket lg satu hanya org yg IC dia n9...aku la tuh...hahahahaha!...(sorry bob)...bob tak kisah pun sbnrnya sbb dia ada hal lain kalau tak jadi pegi tgk bola...aku pun cepat2 mandi pastu bersiap pegi LRT Setiawangsa...

Aku ngan sogol memang nk pegi naik train sbb kalau naik kete kompom jem...Kang nak balik lagi la satu hal...Aku gerak ke LRT Setiawangsa dlm pukul 6.45 ptg...so kitaorg plan solat kt sana. Masa dlm train tu aku mengelamun jap...kalau memang tak dpt tiket aku percaya ketentuan Tuhan yg dh takdirkan aku takyah pegi tp bila dapat pegi gak dan susahnya perjalanan nak ke final ni sampai mcm2 dugaan mesti ada hasil dihujung jalan...hihihi...Aku pegi pakai baju barca kuning...(menteri besar dh pesan n9 pakai kuning)...Sampai Masjid Jamek tukar train ke Bukit Jalil plak...pergh! penuh org kelantan...kaler merah je dlm train tuh..semua usha aku lain mcm sbb aku je pakai kaler kuning...(takpo hobin jang hobin)...

Sampai stadium, penuh org kat luar stadium...Merah je pemandangan. Kuning ada sket2...rasa mcm tak fair la plak. Camne kelantan bleh dpt tiket lebih...Bayangkan kelantan 60,000 vs negeri sembilan 20,000...patut 50/50 la...dasar keturunan abdul wahab ngan abdul wahib..gila harta punya org...Aku pun carik pintu masuk...ha! ni satu lagi. Pintu masuk n9 satu je, pintu biru...kesian fan n9. Sampai kt dalam aku carik surau. Pas solat aku ngan member aku carik port...dapat la seat ngam2 ada 2 kosong...org cakap kalau kita redha ngan ketentuan tuhan insyaAllah ada ganjaran utk kita...aku agak frust mas tak dpt tiket tp aku tak mengeluh...aku rasa ada sbb aku tak dpt tiket. Pastu last2 minit dpt lak tiket, mungkin ada sesuatu kejutan utk aku...dan kejutan tu adalah...3-1...yehaaaaa!....hahahahaha!
Aku pun pulang dengan hati yang gumbira walaupun kene kepong ngan fan kelatan kt LRT...cam biasa la, takleh terima kekalahan...tp bukan semua fan dia camtu. ada yg ok, sbb member aku pun ada yg pegi...Papepun, tahniah utk semua org negeri sembilan dan....HOBIN JANG HOBIN...HOBIN JANG HOBIN...HOBIN JANG HOBIN....


Negeri Sembilan vs Terengganu


Hobin Jang Hobin...bilo lai agak eh N9 nak monang Pialo Malaysia...tahun 2009 utk Negeri sembilan. Rasanya tahun ni kot...ekekeke...papepun selamat berjuang di Kuala Terengganu...pastikan kito balik bawak kemenangan....Hobin Jang Hobin!



ps : masuk final kita serbu Bukit Jalil....

New Item....


Produk baru di http://www.kedaikopibapak.blogspot.com/

BAKE N' BITE....>

Sejarah Karbala


Berikut adalah kisah Perang Karbala yang terjadi semasa zaman Saidina Husain...Perang yang menyebabkan waris Nabi hampir2 pupus. Perang ini meletus antara pengikut2 Islam iaitu pengikut Imam Husain dengan pengikut2 yang menentang yang dikepalai oleh Yazid Muawiyah. Ceramah ini disampaikan oleh Habib Ali al-Jifri. Menitis air mata kalau dengar ceramah ni...Ambillah iktibar wahai sahabat semua...

Niat...


Niat...bila sebut pasal niat, orang melayu cukup pantang dengan niat nih. Salah niat je mengamuk org tua. Dari kecik lagi kita diasuh dengan niat...suh hafal niat puasa, niat sembahyang, niat itu niat ini...mcm niat tuh satu benda yg penting sampai kekdg tuh salah baca niat dianggap salah. Kita tgk masa kita kecik2 zaman budak sekolah. Disuruh kita hafal niat puasa...(kene hafal ke?)...kita masa tuh mana la tau apa2. Hafal la beria2 sampai kene rotan kalau tak tau niat. Natijahnya bila dah beso ni niat mcm satu permulaan penting dan kalau niat tak hafal tak boleh puasa dan sebagainya...

Memanglah kalau kita bukak balik kitab Hadith Sahih Bukhari, perkara pertama yg disentuh adalah berkenaan dengan niat. Maknanya niat tuh adalah permulaan ibadah. Tak lengkap ibadah tuh kalau tak disertakan dengan niat. Dimulakan dengan niat bagi setiap ibadah agar nawaitu kita dalam melaksanakan ibadah tu betul dan tak terpesong. Contoh niat berpuasa adalah kerana Allah SWT dan bukannya sbb takut kene rotan baru nak puasa, bukan sebab awek puasa kita pun puasa, bukan sebab orang semua puasa kita pun puasa..."innamal a'malu binniat...tiap-tiap amal harus disertai dengan niat"...maknanya amal kita ni tak lengkap kalau takde niat. Apa yang ana nak tekankan di sini adalah pasal berniat nih. Ni nak sentuh sikit sikap kita org melayu...ana harap takde yg terasa sbb niat ana nak membetulkan benda yg dh sekian lama bersarang dlm minda org melayu nih.

Bila berniat nih, org melayu terlalu pentingkan apa yg diajar masa kecik dan kalau tak dapat hafal niat tak boleh beribadah. Ana amik satu senario niat puasa. Ustaz ajar niat puasa baca sebelum tidur. Maka terkemat kemut la mulut kita baca niat dalam hati...(nama dlm hati padahal kekadang orang sebelah boleh dengar)..."sahaja aku puasa...ermmm..esok hari...(apa lagi eh).." Ah! sudah..tak hafal. Maka pening kepala kita nak mengingat balik apa niat puasa. Last2..."sahaja aku puasa...esok hari...dua rakaat..." Ah! sudah. Bila masa lak puasa ada 2 rakaat...yang lagi teruk, bila malam tu terlupa baca niat puasa...(dah nama niat, kene baca ke?)...esoknya tak puasa dengan alasan lupa berniat. Wahai orang melayu yg cerdik pandai, niat nih sebenarnya adalah apa yg tergerak di hati dan bukan apa yg kita sebut dibibir secara perlahan. Bila baca tuh bukan niat, tuh baca...bak kata org jawa...'read'...

Niat ni tak perlu lah hafal beria2 ikut skima jawapan sekolah. Kita niat dlm hati nak puasa esok pun dh kira niat. Yang penting kerana Allah SWT. Contoh seorang ibu berniat nak sediakan juadah sahur malam tuh untuk berpuasa esoknya pun dh dikira niat. Ini kekadang bila tertinggal satu perkataan pun kita dh cuak...maka bnyk la soalan2 bertanyakan ustaz2 mengenai niat puasa yg betul. Bukan la jugak maknanya niat yg kita hafal masa sekolah tuh salah tp bagus la sbb kita ni kekadang niat mcm2 kalau nk beribadah...nama je kerana Allah tp sebenarnya nak menunjuk2. Kalau tak, takkan menderma kat TV sampai cek besar gedabak nk tunjuk kat satu Malaysia...Itu tak kira lagi pasal orang mempertikaikan niat. Contoh sebutan 'Usolli' dalam niat solat yang satu ketika dulu ada orang sibuk pertikai. Ilmu ana tak cukup tinggi nak kupas bab tuh cuma ana nak ingatkan, jadilah muslim yang smart. Janganlah jadi muslim yang asyik ikut je apa yang orang lain buat. Tak tahu tanya jangan jadi bodoh sombong. Study balik sbb tak salah kita belajar balik benda2 basic yang mungkin kita dah lupa. Takde rugi mana kalau kita polish balik ilmu Allah nih. Manfaatnya akan berbalik pada kita...

Akhir sekali, mulakanlah setiap amalan baik dengan niat dan jangan jadikan alasan lupa berniat untuk kita tinggalkan amal ibadah...InsyaAllah.

Salam Idulfitri...


Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku, termakan mahupun terminum...atau apa jua kesalahan sama ada disengajakan atau pun tidak. Memang la kalau ikutkan bukan time nak raya je mintak maaf tp alang2 nk raya ni, hari baik bulan baik aku nak mintak ampun gak la...Aku rasa banyak sangat dosa aku dari aku kecik sampai besar ni. Aku banyak sangat menyusahkan orang, buat orang sakit hati, kecewakan orang & mcm2 lagi la...Mohon maaf semua...SELAMAT HARI RAYA

Blog Baru



Memperkenalkan satu blog baru ciptaan aku iaitu... http://www.kedaikopibapak.blogspot.com/ blog baru ni kira blog perniagaan keluarga aku dan rakan2. ada kerepek, kuih tradisional, insurans takaful ikhlas dan lain2...Sapa yg suka surf internet utk carik barang, bleh la jengah blog tu. Pasni takde la lagi iklan kat blog aku sbb aku nak berkarya blk...hehehe...kira mcm online shopping gak la. so, sudi2 jengah blog iklan perniagaan keluarga aku tu. Mana tau benda yg korang carik ada dalam blog tu. Link utk ke blog tu ada kat bahagian link rakan2...kedai kopi bapak.

Tarikh Akhir tempahan...


Tempahan kerepek untuk hari raya adalah selewat-lewatnya sebelum hari KHAMIS BERSAMAAN 3/9/2009...memandangkan tempahan begitu menggalakkan dikhuatiri stok bahan mentah tidak mencukupi, maka dengan ini tempahan terpaksa ditutup awal...bagi mereka yang ingin membuat tempahan hendaklah berbuat demikian sebelum hari Khamis...sebarang tempahan selepas hari khamis tidak akan diterima kerana dikhuatiri berlaku kelewatan penghantaran dan sebagainya...sekian

tokey kecil-kecilan
shah rizan...

TEMPAHAN MASIH DIBUKA...


Tempahan kerepek untuk hari raya seperti iklan di bawah masih lagi dibuka. Alhamdulillah dan semakin ramai orang yang membuat tempahan. Disebabkan ramai yang bertanya, maka saya iklankan lagi senarai kerepek berserta harga dan saya dengan bangganya memperkenalkan satu lagi jenis kerepek untuk tempahan iaitu JEJARI IKAN BILIS...cepat sementara stok hari raya masih ada....=]


Jejari Ikan Bilis / RM 6.00 New

Kerepek Ubi Masin / RM 5.00 Selling fast

Kerepek Ubi BBQ / RM 6.00 Selling fast

Kerepek Ubi Black Papper / RM 6.00

Kerepek Ubi Pedas Kering / RM 8.00 Selling fast

Kerepek Ubi Pedas basah / RM 8.00 Selling fast

Jejari Ubi / RM 6.00

Kerepek Keledek / RM 6.00

kerepek Pisang Tanduk / RM 9.00 Selling fast

Kerepek Pisang Abu / RM 7.00 Selling fast

Kerepek Pisang Manis / RM 8.00

Keropok Kacang Dal / RM 7.00

Tempeyek Kacang Tanah / RM 10.00 Selling fast

Tumpi Kacang Dal / RM 10.00

Kuih Tiram @ Bujang Lapok / RM 8.00

Kuih Bijan / RM 8.00

Kuih Siput / RM 8.00

Kuih Sepit / RM 7.00 Selling fast

TEMPAHAN KEREPEK HARI RAYA...


Hari Raya takkan berseri tanpa kerepek...(tuh aku punya slogan)...jadi sempena Ramadhan dan Hari Raya yang lambat lagi nih saya ingin mempromosikan kerepek untuk tempahan hari raya. Kerepek keluaran Indah Nor Enterprise ini sememangnya diimport khas dari sepang...(kerepek orang jawa sepang...jangan main-main)...Tentu gembira hati orang tua bila si anak bawak ole-ole sempena hari raya ni kan. Setiap kerepek dijual dalam paket seberat 500gram @ 1/2 kg bagi memudahkan anda membawa pulang ke kampung...(terutama yang naik bas pulang raya nanti)...Dijamin halal dan original...Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah merujuk senarai harga yang tertera di bawah :


1. Kerepek Ubi Masin ( RM 5.00 )










2. Kerepek Ubi BBQ ( RM 6.00 )










3. Kerepek Ubi Black Papper ( RM 6.00 )










4. Kerepek Ubi Pedas Kering ( RM 8.00 )











5. Kerepek Ubi Pedas Basah ( RM 8.00 )











6. Kerepek Ubi Jari ( RM 6.00 )

7. Kerepek Pisang Tanduk ( RM 9.00 )












8. Kerepek Pisang Nipah/Abu ( RM 7.00 )












9. Kerepek Pisang Manis ( RM 8.00 )


10. Kerepek Keledek ( RM 6.00 )









11. Keropok Kacang Dal ( RM 7.00 )


















12. Rempeyek Kacang Tanah ( RM 10.00 )















13. Tumpi Kacang Dal ( RM 10.00 )











14. Kuih Tiram / Bujang Lapok ( RM 8.00 )











15. Kuih Bijan ( RM 8.00 )
















16. Kuih Siput ( RM 8.00 )

17. Kuih Sepit ( RM 7.00 )











Penghantaran hanya sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja. Kepada mereka yang berada di luar kawasan bolehlah membuat temujanji dengan saya untuk menyerahkan tempahan. Kepada mereka yang ingin membawa pulang ke kampung dinasihatkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kelewatan tempahan anda. Sebarang caj tambahan tidak dikenakan. Sebarkanlah pada kawan yang ingin membuat tempahan. Bayaran dibuat selepas anda menerima tempahan anda...(adil bukan).
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya segera di talian ( 012-3622309 - Shah Rizan ).

Dijamin Sedap dan Halal...Berbaloi baloi...

Selamat Menyambut Ramadhan


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...semoga ramadhan pada tahun ini memberi seribu satu pengertian yang berharga dan sesama kita mendapat manfaat yang berguna di dunia dan akhirat...semoga dengan kehadiran ramadhan ini dapat mengingatkan kita akan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik. kita ni mewah tapi mereka terpaksa berlapar dan dahaga untuk meneruskan hidup dan ada antara mereka yang mati kerana kurang makan tetapi kita juga mati tetapi disebabkan terlebih makan...renung2kanlah saudara ku sekalian...salam ramadhan untuk semua



ikhlas,

Shah Rizan Tumeran
tuan punya blog...

Pengumuman Puasa


Rasanya dah lama gila aku tak update blog aku. puas aku perah otak nak tulis apa dalam blog aku. Maklumlah otak aku tgh kusut sbb kereta aku baru lepas hilang...(pening la pening)...skang ni dh rilek sket, so boleh aku sambung berkarya...Kira nih post untuk menjelang puasa skali la...(dasar malas nak update).

Bila tiba je Ramadhan maka bnyk la perkara yang bermain dalam fikiran kita. Teringat kata-kata ustaz Ismail Kamus..."bila tiba je puasa semua org ingat makanan. makanan yang ada ngan makanan yg takde...puasa nih dh macam pesta makanan"...aku gerenti kalau ada org jual batu bata panggang pun mesti semua terliur...berapa sekilo bang? kat situ dah nampak bertapa kita lemah sebagai manusia kerana berkehendakan makanan. Macam-macam lagi la perkara-perkara yg bermain kat kepala kita bila nak tiba puasa nih.
Sebenarnya aku pun puas la pikir, apa benda yg aku selalu teringat bila bulan puasa. Terawikh, tak boleh makan, jaga nafsu, ayam percik...(apa lagi eh)...ha! pengumuman puasa. Maka, hari ni aku nak cerita pasal org yang bertanggung jawab memberikan berita gembira bagi mereka yg paham erti puasa dan berita sedih bg mereka yg suka ponteng puasa...Korang kenal ke org yg selalu bg pengumuman time nak puasa ngan raya. Ha! ni lah org tu...dr aku kecik sampai aku besar panjang masih lagi bertahan sampai sekarang. Aku dah boleh cakap dia nih macam ikon menjelang puasa dan raya...(legend tuh pakcik nih)


Sebenarnya nama pakcik nih... Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah...(banyak gila pangkat)...So, aku panggil Engku Ibrahim la senang..hehehehe. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, suara dia nih macam ada aura...(mawi pun kalah)...bila dia bagi salam je meremang bulu roma. Apa taknya, Engku Ibrahim nih bertanggung jawab sampaikan titah sultan nak bagitau korang dah kene start puasa...(besar tanggungjawab tuh)...yang best tuh, gaya dia umumkan tarikh tuh dr dulu sampai skang sama je. Duduk rilek dan tenang...Aku ingat lagi dulu masa kecik2 bila pengumuman puasa je aku ckp depan TV suh dia bgtau esok tak jadi puasa...'tolong la jgn besok puasa, tolong la jgn besok puasa'...sbb memang tak penuh pun puasa aku. Aku start penuh puasa darjah 4. Sblm tuh semua puasa yang yok, pagi pagi bukak periuk...Aku pernah marah abg2 aku sbb buat bising masa dia nak bagi pengumuman. Bg la org tua nih abiskan cakap dia...(emo plak).

Tuh ok lagi, sampai je ayat..."dengan ini diumumkan, tarikh permulaan puasa....". Time nih dah tak sedap badan dah...(lebih-lebih lak masa kecik2)...tp serius beb, suara dia la aku rasa paling legend dan paling bnyk aura...(aura mawi pun aku rasa takat 1/10 dr aura dia)...Agak2 korang sampai bila agaknya Engku nih larat nak buat pengumuman puasa ek? Macam aku cakap la, dia dah jadi sebahagian ikon yg pernah aku tgk kat dunia nih.Kalau satu hari nanti ada rg yang ganti dia, camne agaknye rupa ngan suara dia ek...Moga Allah lanjutkan usia beliau agar dapat memberi khabar berita gembira untuk semua ummah. Tak lama lagi kita akan dapat tgk muka dia buat pengumuman...(rindu lak rasa nak dengar ayat keramat dia)...Kepada Engku Ibrahim semoga sihat dan panjang umur agar generasi baru pun kenal akan jasa Engku. Walaupun skang nih aku rasa cam biasa je tp kau tetap menjadi pojaan hatiku...Kepada korang plak, jangan lupa puasa nih setahun sekali. Belum tentu kita akan jumpa lagi puasa tahun depan. sama-samalah kita muhasabah diri dan tingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Doa biar ibadah kita tip top sampai hujung nyawa kita dan bukan takat bulan puasa je...Ibadah yang utama adalah ibadah yang sedikit tetapi berterusan....Selamat Berpuasa semua.

8.30 pm: Alhamdulillah, baru sebentar tadi Engku Ibrahim wat pengumuman...kita mula berpuasa hari sabtu bersamaan 22/8/2009....InsyaAllah

SETEM...


Hari ni aku nak citer sket pasal movie yg aku tgk smlm...Setem...filem ni pengarah dia Kabir Bhatia (yg buat citer sepi ngan drama nur kasih)...serius beb, lawak giler. bnyk point2 yg korg akan tergelak sebab citer dia simple tp cara dia olah citer ni yg buat citer nih best...citer dia pasal berebut satu setem yg kononnya berharga jutaan ringgit...pada mereka yg suke tgk citer kelakar ngan citer ala2 'baik punya cilok'...this is the film you should not miss...serius...nak citer lebih2 takleh, korang kene layan sendiri citer nih.
ps : hangpa semua suka ikan?...

New Manchester United Away Kit



Happy Family...


Ahad baru ni, aku luang sket masa aku kat Tasik Perdana...watpe?...ha, aku shoot gambar member aku yg nk jadi bapak ngan mak tak lama lagi. tp cuma tolong2 je...sbb aku pun baru blaja. bnyk benda la yg aku baru tau, mcm profile, curik lighting...(lighting pun nak kena curik...aduhai)...gila mencabar gak la siap baring2 sampai gatal2 satu badan semua utk dapat gambar yg terbaik. baru aku tau letih gak sbnrnya amik gambo nih...nampak je mcm senang. ni kira hasil kerja terawal aku utk tatapan korg. takde la gempak tp layan je la jgn bnyk cakap...

Thanks to radin, isem dan fly sbb bagi aku peluang rasa jd fotographer walaupun sejam. akhirnya ada gak hobi baru yg aku bleh explore...aku doakan semoga isem selamat lahirkan baby dan korg dapat anak yg soleh...(laki ke pempuan aku tak tau)...semoga satu hari nanti anak ko akan menjadi khalifah yg berguna untuk umah dan menjadi seorang taat dan berjaya di dunia dan akhirat...amin

Ong Bak 8


Gambar nih sebenarnya gambar lama gak la...bulan lepasnya gambar. saja nak share sbb aku rasa belum tentu semua org dpt rasa naik gajah...masa kecik2 panjat atas lembu slalu gak la, dh besor panjat gajah lak...hehehe...Ong Bak

Nur Kasih...


Sapa ada tengok Nur Kasih...Tetiba aku rasa jatuh cinta ngan awek citer nih..hihu...nur amina (watak dia dalam citer nih). memang la realitinya dia bkn mcm dlm citer nih tp...arghhh...cair aku...cukup ciri2 idaman...putih, muka cam cina sket, pandai bawak diri, beragama...anak sapa la nih.