P Ramlee....


P Ramlee sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi kita. Seniman agong ini merupakan idola aku sebab sampai skang aku rasa takde pelakon atau pengarah filem dan muzik yang setanding dengannya. Lawak dia, sampai skang masih lagi evergreen walaupun banyak dialog dia aku dh hafal...tp bila tgk balik masih nak tergelak. Hari ni aku nak kongsi sket tentang sejarah seniman yang digelar P Ramlee ni...
Nama sebenar P Ramlee adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 (sebelum perang daaa) di Counter Hall, Penang. Filem2 beliau telah banyak membuatkan para penontonnya berguling2 tergelak, meleleh air mata menangis dan terhibur dgn telatah beliau dan rakan2 dalam setiap filemnya. Jangan kata org tua, org2 muda yang mungkin lahir selepas dia meninggalkan dunia juga suka dengan filem2 beliau. Bagi aku secara jujur aku paling suka cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis...3 cerita nih memang aku suka. Bagi aku setiap filem beliau bnyk berkisar tentang masyarakat dan dekat dengan jiwa org2 melayu sbb tuh semua golongan suka akan cerita beliau. Memang kdg2 ada sedikit sindir menyindir secara tersirat tp sindiran itu yg buat filem2 P Ramlee ni unik.

Kronologi Filem2 P Ramlee...

1 - PENARIK BECA (1955)...tangkap leleh
2 - SEMERAH PADI (1956)
3 - PANCA DELIMA (1957)
4 - BUJANG LAPOK (1957)...start buat cerita lawak
5 - SUMPAHAN ORANG MINYAK (1958)
6 - PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)...favourite aku nih


7 - MUSANG BERJANGGUT (1959)...era filem lawak bermula
8 - NUJUM PAK BELALANG (1959)...belalang

9 - ANTARA DUA DARJAT (1960)
10- ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)...ngan sudin & ajis
11- SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
12- IBU MERTUAKU (1962)...ala kasimmmmm

13- LABU LABI (1962)
14- NASIB LABU LABI (1963)
15- TIGA ABDUL (1964)...jgn marah nanti kene jual
16- MADU TIGA (1964)...kasian
17- RAGAM P RAMLEE (1965)
18- MASAM MASAM MANIS (1965)...aku suke citer nih


19- SABARUDIN TUKANG KASUT (1966)
20- DO RE MI (1966)..tompel paling aku minat zaman nih
21- NASIB DO RE MI (1966)
22- SESUDAH SUBUH (1967)
23- KELUARGA 69 (1967)
24- ANAK BAPAK (1968)
25- GERIMIS (1968)
26- AHMAD ALBAB (1968)
27- KANCAN TIRANA (1969)...pastu dia rest kejap
28- LAKSAMANA DO RE MI (1972)...filem terakhir beliau.

papepun, filem dia memang best. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Kisah Singa Dan Manusia


Apa yang saya nak kongsi ni merupakan satu video kisah benar...true story...benar2 terjadi...ini betul betul bukan cobaan...Kisah kasih sayang antara manusia dan haiwan. Ni bukan binatang biasa tp binatang buas...sang singa....iye singa, bukan kucing siam ke kucing parsi ke kucing hutan ke...tp singa.

Kisah ni terjadi sekitar tahun 1969...antara 2 orang sahabat iaitu John Rendall dan Ace Berg. 2 orang kawan ni kira mcm pencinta haiwan gak la...mcm aku la lbh kurang. Nak dijadikan cerita mamat 2 orang nih terserempak ngan anak singa yang dikurung di Harrods...Harrods itu dekat2 dgn negeri gohedgostan kot...Diaorg kesian tgk anak singa ni sbb terkurung, lemah, kene seksa walhal singa nih haiwan yang perlukan lesen untuk sebarang urusan perniagaan dan setiap jual beli juga ada had. Jadi atas peri kemanusiaan diaorg nih beli singa tu sbb nk selamatkan anak singa ni. Tujuaan utama diaorg nih nk bela sampai matang pastu lepaskan balik kat dalam hutan savanah afrika atau dalam bahasa kitab haiwan 'reintroduce'.


Dalam tempoh penjagaan singa nih diaorg layan anak singa ni mcm anak sendiri. Tidur sama, makan sama2, main sama, lepak minum kopi pun sama2...atau dalam kata lain bagi layanan istimewa...(korang boleh tgk dlm video nih nanti)...pendek kata, diaorg memang sayang gila kat anak singa ni sampai kekadang jalan2 pun bawak anak singa nih. Singa ni pun cukup manja ngan mamat dua org nih.


Nak dijadikan lagi cerita, lepas beberapa tahun singa ni besar. Diaorg dh takleh bela lagi sbb dah cukup matang dan target utama dia nak lepaskan singa nih balik. Memang syahdu la sbb masa dalam perjalanan singa yg dah besar nih siap mintak dukung sbb takut...(scene nih ada dlm video)...dlm perjalanan tuh gak diaorg sedih tgk singa tuh tidur sbb agaknya penat sgt asyik terlompat sana sini. Sampai kat kawasan kawanan singa tuh diaorg pun lepaskan singa tuh. Diaorg bukan lepaskan camtu je tp pantau dari semasa ke semasa sbb nak tgk progress singa tuh membesar. Diaorg ada gak suruh org masai tolong tgk2 singa nih kot2 ada benda buruk jadi. Mengikut laporan, agak lama gak la singa nih nak sesuaikan diri ngan habitat baru sbb dr kecik singa nih dah kene culik...so dia amik masa nak sesuaikan dgn habitat savanah nih.


Selang beberapa tahun mamat dua orang nih rindu kat singa nih. Diaorg pun nekad nak jenguk singa yang diaorg bela nih...ala mcm mak bapak jenguk anak kt asrama...Tp mengikut org yg memantau progress singa ni bgtau yg keadaan agak bahaya. Ini disebabkan singa nih dah mula sesuai dgn keadaan asal dan yang paling menakutkan singa nih dah jadi kepala dalam kelompok family dia...Silap2 ngan tuan2 dia skali singa nih tak kenal. Sedikit info, singa hidup secara kawanan atau 'tribe'...Bila dah jadi ketua dlm kalangan kumpulan nih karektor dia dh bertukar jadi ganas sket sbb nak kasi eksyen sket ngan singa yg lain...singa yg diaorg bela nih cuma kenal ngan org masai yg pantau dia je tp dgn tourist dia jadi ganas...bukan kejam tp sifat singa nak lindungi anak2 dia...diaorg dua org nih sedih tp masih berkeras nak face to face ngan singa yg diaorg jaga dulu.

korang tau apa jadi masa mamat dua org nih jumpa singa yg dah besar tuh...iskh..iskh...iskh...korang tgk la sendiri...amik pengajaran dari kisah benar nih.




Top 10 World Cup Goals


TOP 10 WORLD CUP GOALS...
10- (PELE) Brazil vs Czechoslovakia (1970)
9 - (JOHAN CRUYFF) Holland vs Brazil (1974)
8 - (JOSIMAR) Brazil vs Northern Ireland (1986)
7 - (ROBERTO BAGGIO) Italy vs Czechoslovakia (1990)
6 - (DENNIS BERGKAMP) Holland vs Argentina (1998)
5 - (MICHAEL OWEN) England vs Argentina (1998)
4 - (LOTHAR MATTHAUS) West Germany vs Yugoslavia (1990)
3 - (SAEED OWAIRAN) Saudi Arabia vs Belgium (1994)
2 - (DIEGO MARADONA) Argentina vs England (1986)
1 - (CARLOS ALBERTO) Brazil vs Italy (1970)...