Iklan Pepsi World Cup 2010


Iklan Pepsi ni aku rasa da kuar kt tv tp yg kat tv tu iklan pendek. Ini iklan panjang dia...'uncut'...style gile iklan dia. Dalam iklan ni ada Messi, Henry, Kaka, Arshavin, Drogba & Lampard..Tak rugi layan...

Selamat Hari Ibu...


Selamat hari ibu untuk ibuku walaupun aku tak pernah panggil ibu sbb aku panggil mak aku 'mak'...Kepada mak ku Hajah Marsiah Sajadi, mintak ampun dan maaf kalau sepanjang aku hidup kat dunia ni bnyk menyusahkan mak..Mintak ampun dr hujung rambut sampai hujung kaki...InsyaAllah hajat mak nk tgk bakal menantu akan tercapai...(lepas sessi membebel bertahun2..ehehe)..Aku nak mintak restu mak utk teruskan hidup di mukabumi Allah ni..(gilalah ayat sastera) agar semua perancangan hidup aku berjalan dengan lancar..Mak aku ni muka je garang tapi hati lembut macam siti nurhaliza. Aku sayang mak...Selamat hari emak...



Tidak ketinggalan juga untuk semua yang dah jadi mak..tak kesah la mak betul ke, mak mertua ke, makcik ke, mak tiri ke, mak sedara belah laki jiran dia ke...semua la senang citer...Selamat hari ibu.

Adamaya...


SCHOLES vs man city




hahahahaha...pelengkap malam ku yang indah....

Nama Ku....


Aku baru perasan kat dunia nih mesti semua orang ada nama glamour, nama timangan, nama panggilan, nama manja atau nama pendek masing2. Apa tu nama timangan? 'Timangan' berasal dari perkataan 'timbang' yg maksudnya perbuatan untuk sukat berat sesuatu benda atau objek. Jadi kalau 'nama timangan' maknanya nama yang korang selalu ukur beratnya...gila apa aku punya teori. Tukar la kita amik nama manja. 'manja' bermaksud perbuatan yg tergedik2 atau perbuatan meluahkan kasih sayang dengan melemahkan seluruh anggota badan...so 'nama manja' maknanya nama mengada-ngada korang selain dr nama betul yg tertera dalam IC korang...lantak la, aku memang suke buat teori aku sendiri.


Sebut pasal nama panggilan @ nick name nih...(betul ke aku eja nick name, pegi la mampus bukan ada cikgu bahasa nak cek)...aku teringat banyak nama2 yang pelik2 sepanjang hidup aku kat muka bumi Allah nih. Kat kampung aku, fuh!...macam2 nama ada. Paling aku kesian kalau orang nama dia 'mat' mesti orang tambah hujung dia. Alasan sebab ramai sgt 'mat' karang tertukar. Nasib korang la sape nama 'mat'...kene plak kampung aku kampung jawa lagi la nama pelik2...mat tiyer, mat gendeng, mat gondol, mat tetet...(hahahaha...aku lak yg gelak sorang2)...pape la. Yang pelik orang nama 'mat' ni rilek je tak marah. Lagi nama yang pelik selain mat...gendon, belejit, pakalolo, ancelek, kampret...aduh! macam2 da.

Keluar dari kampung terbukak sket pengetahuan bahasa aku. Baru aku tau orang melayu pun sama je. Macam2 diaorang panggil member dia. Masa aku kat kuantan, kat skudai, kat shah alam ngan kat Kl...macam2 nama pelik ada. Bezanya nama glamour org kampung aku maybe sesetengah orang tak paham maksudnya tp yg kat luar aku rasa semua orang tau...ada gak yg marah bile member dia panggil nama glamour dia tp ada gak yang rilek je tak kisah...yang lagi teruk suh orang panggil nama tuh. Tak kisah la sebab tu nama diaorang...

Sebenarnya aku terpikir gak macam mana nama glamour aku bleh bertukar dr kecik. Kat kampung orang panggil aku 'arik'...agak2 yg pekat jawanya tuh panggil aku 'ari'...tetiba keluar je kampung jadi 'shah'...wallawey...(gila artis nama gua)...ala2 shah rukh khan...nama 'arik' tu pun aku tak tau mana datangnya. Aku bukak mata je semua orang panggil aku 'arik'. Aku main agak je yang orang tua aku minat bola so dia panggil aku 'arik' sebab sama ngan 'eric cantona'...(teori palsu jangan percaya)...bila aku masuk asrama masa form 1, aku kene hantar kat kuantan, sekolah asrama penuh. Kat situ la nama glamour aku bertukar...dari 'arik' jadi 'shah'...sebab?...sebab masa orentasi tu diaorg bagi nama tag gedabak besar sampai aku rasa nak penuh poket baju sekolah aku. Pastu terang2 dia tulis...'shah rizan'...satu benda yang aku perasan time tuh, org kat situ suke panggil nama depan. contoh; 'saful nizan' orang panggil 'saful'...'shaharol izal' orang panggil 'shaharol'...'kama azwan' orang panggil 'kama'...last2 aku pun tak terkecuali...'shah rizan' jadilah 'shah'. Semua sibuk panggil aku 'shah' so biarkan jela. Tu la asal usul nama 'shah' tu yang mana melekat sampai skang...

kesimpulannya, aku gerenti korang ada bnyk nama glamour dan mesti tak sama ngan nama kat IC korang...kan? kan? kan?

terima kasih....


Wallawey!..lama gila aku tak menaip. almaklum la sibuk sket...skang aku nk post yg dalam kategori buat cukup syarat sebab aku xde idea...skang ni post aku bnyk utk seseorang sbb aku dah ada seseorang...dulu seorang skang dah tambah 'se' kat depan jadi seseorang...

Rasulullah - Hijjaz




salam maulidur Rasul untuk semua....

Maulidur Rasul


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu..."
al-Ahzab: 21

Selamat menyambut Maulidur Rasul...marilah kita mengingati semula sejarah Rasullullah untuk dijadikan pedoman. selawat...selawat...

new stuff...


mandarin duck @ http://myruleof3rd.blogspot.com ....=>>>>

Bulan Tiga


hari ni 23 hb februari 2010...bulan dua...minggu depan bulan tiga. Bulan tiga atau bulan march...dulu masa sekolah aku cukup tak suka bulan 3 sbb takde cuti...Apa ada dengan bulan tiga?...apa yang best sangat bulan 3 ni...apsl aku sibuk sgt dengan bulan 3 ni...setakat bulan 3, sama je ngan bulan2 lain...lain la madu 3, haaa...yg tu best. nak kata aku suka nombor 3? tak gak...aku suka nombor 10. sepanjang karier aku main bola pun tak penah aku pakai no 3...biasa level2 star mcm aku pakai no 10 - 7 - 11 - 21...tetiba sesat no 21...tak penah pun aku pakai no 3...tp...apsl aku berdebar2 tunggu bulan 3..? apa2 pun lepas ni aku gerenti mesti aku akan suka dan ingat bulan 3 nih...

kenapa aku suka bulan 3...? tungguuuuuu....!

Post Untuk Seseorang


Cahaya


Dulu aku fikir aku dh x nampak cahaya dalam lorong perjalanan aku....malam tadi semuanya jelas...cahaya yang dah lama padam akhirnya menyala semula...cahaya di hujung jalan...yang aku tunggu dari dulu...cahaya yang buatkan malam aku terang macam lampu jenama philips...cahaya yang buatkan hari siang aku bertambah ceria...cahaya yang boleh bawak aku terbang tinggi sampai bulan...(bulan pun tak cukup tinggi...aku rasa lagi tinggi kot). Cahaya yang buat aku ketawa sepuas-puasnya...(macam lawak abang kasim...pom...pom). Harap cahaya ni kekal lama sampai akhir hayat...Ya Allah, aku mohon agar cahaya ini berkekalan dan ada waranty seumur hidup...kalau rosak bleh nyala balik dan terus bercahaya...sebab cahaya ni cahaya fitrah semulajadi....amin.

My Photo Blog


presenting...my new photo blog.... http://myruleof3rd.blogspot.com . So lepas ni semua gambar-gambar yang aku shoot akan aku share dlm blog nih...blog nih?...masih beroperasi seperti sediakala. link ke blog tu ada kat sebelah....

http://myruleof3rd.blogspot.com .....>>>>>

Bukit Tinggi yang memang tinggi


Kelas fotografi ku bersambung hari Ahad baru ni...kali outdoor wedding Zana & Shafiz kat Bukit Tinggi. Memang tinggi gile...nak2 masa menapak naik ke Japanese garden. Kurang2 300 kati kalori aku terbakar. Anyway thanks to pasangan pengantin yg bnyk bersabar sepanjang tempoh shooting ni...(aku tau korang penat tp demi nak dapat moment yg best korang bersabar). Terima kasih gak kat 2 sifu aku Fly & Radin sbb bagi aku tunjuk ajar sket2...(baru aku tau pasal pemberat gambar din)...terima kasih gak pada bodygourd kiteorg pn isem dan duta camera nikkon...lil dania yang sentiasa tersenyum...huhu. Terima kasih gak la kat kawan2 pengantin yang aku cukup kagum ngan sikap sporting korg. ceria dan mesra...so ni beberapa gambar yg sempat aku nk share utk tatapan umum...(sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat)...









baru aku perasan setiap gambar mesti tak tinggal belon...belon siapa kalau bukan...man belon punya...miahahaa

Kelas Fotografi


Beberapa minggu lepas aku sempat gak akhirnya belajar amik gambar...demi nak kejar impian aku amik gambar binatang...lama dah sebenarnya aku amik gambar nih, cuma tak sempat nak upload. sampai sifu aku pun dah bengang aku tak upload2 gambar...(solly aaa sifu, saya sulah upload gambar ni pun..) so, ni beberapa gambar yang aku amik masa sessi pembelajaran. Lokasi KLCC...tugasan aku, latihan mata (cuci mata...hhhrrmmm)...1st assignment aku...gagal kene redo blk. Gambar tak semenggah langsung (dh mcm org amik gambar snapshot). Namun setelah di cuci otak oleh sifu aku dan diformat sebaiknya, aku berjaya gak amik beberapa shot yg kira...ok la. Tapi serius bnyk kekurangan gambar nih dan bnyk lagi aku kene belajar....tp takpe, semangat nak belajar kene ada.




ni antara gambar yang aku sempat edit dan share. Macam aku cakap, bnyk lagi aku kene korek dan belajar dari sifu2 aku. Terima kasih kepada sifu aku en fly yg bnyk bg tunjuk ajar...

Macam tak percaya


aku tertekan...check handphone...tgk IC...selongkar surat beranak...belek kalendar...memang sah la mata aku tak silap...aku dah 29 tahun rupanya...(kalau ikut bulan masih 28...huhu)...mak aih...dah nak masuk 30 sen umur aku...!

Zoo Kemaman...in the making


Start hari ni aku akan kurangkan penulisan blog aku sebab kerja aku dah start berlambak...aku dah nak start pulun projek Zoo Kemaman. Maknanya aku terpaksa kurangkan merepek pasal benda2 lain selain dari binatang, habitat binatang, makanan binatang, kandang binatang dan benda2 yang ada sangkut paut dengan binatang...(kecuali taik binatang...itu lain kedai jual taik binatang). Aku dah nak kene start detailkan semua exhibit binatang...aduhhhh!...pening aku. korang kene layan je la citer binatang aku nih...sebab memang aku kerja dengan binatang cuma perangai aku je tak macam binatang...tp binatang still makhluk tuhan...eh! berapa banyak binatang daaaaa.....

Meh aku citer sket kerja aku. Aku kerja sebagai Landscape Architect (glamour la konon) kt company aku Global Wildlife Immersion (GWI). Specialist buat zoo...lebih kurang macam kerja si sudin la..."kerja saya merbahaya pakcik, siang malam berjaga2 saja...kerja apa nak sudin?...sambung ekor beruang pakcik...iskh..iskh...iskh...iskh..." tapi tu pada title saja...hakikatnya aku kat company aku nih kene buat semua kerja...building, landskap dan jugak zoology...rezeki tuhan company aku dapat projek buat zoo kemaman. So, ni la nak start kene pulun...nak tender bulan 5 tp design tak kompem2 lagi...aduhhhhh!...sebenarnya kemaman memang dah ada mini zoo tapi skang diaorg setuju nak besarkan zoo tu...dan kemungkinan akan jadi zoo terbesar kat Malaysia kot...(including future development)...biasa aku sembang ala2 drama melayu samarenda...citer projek nak gempak2 juta2 punya...besar punyaaaa!

So, doakan semuanya berjalan lancar dan projek zoo ni sukses...atleast ada gak la tarikan baru kat pantai timur...ok...ok...dah nak maghrib...jom solat.

Wahai jiranku yang mulia


Aku rasa aku nak talipon tv3 nak suh Karam Singh Walia datang area apartment aku. Aku nak komplen kat dia suh wat citer pasal jiran2 aku yang tak reti nak padam alarm kereta...macam2 bunyik keluar. Siap ada alarm yang bleh bercakap...(tu yang paling aku berbulu)...asal orang lalu sebelah je berbunyik. Apa susah sangat...tekan je la kasi padam bunyi tuh. Memekak!..korang ingat satu apartment ni suke dengar alarm ko. Kalau alarm ko lagu Herman Tino bleh gak layan...Ibarat ayam berkokok pagi, kucing menari shuffle...

Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir...Part 2


Maka Musa pun meneruskan perjalanan mengikuti al-Khidir demi mencari ilmu. Perlanggaran pertama terhadap persyaratan al-Khidir terjadi di tepi pantai. Nabi al-Khidir meminta pertolongan pemilik perahu agar menghantar mereka ke seberang. Dengan senang hati pemilik perahu itu menghantar mereka tanpa sebarang bayaran. Sedang mereka berlayar Musa ternampak al-Khidir melubangi perahu itu dengan menanggalkan 2 keping papan perahu tersebut. Nabi Musa lupa akan janjinya lalu ditegurnya al-Khidir,"Engkau telah melakukan perbuatan mungkar dengan merosakkan perahu ini. Tidakkah engkau merasa kasihan dan terhutang budi dengan pemilik perahu ini?". Al-Khidir menjawab,"Bukankah aku sudah memberitahumu yang engkau tidak akan dapat sabar melihat tindak-tandukku". Musa berkata,"Maafkan aku. Aku telah lupa akan janjiku sendiri". Permintaan maaf Musa diterima oleh al-Khidir.

Maka mereka meneruskan perjalanan di darat dan bertemu dengan seorang kanak2 yang sedang leka bermain. Al-Khidir dengan tiba2 memanggil budak itu dan dibawanya ke tempat yang sunyi lalu dibunuhnya. Alangkah terperanjatnya Musa melihat tindakan al-Khidir yang sewenang-wenangnya membunuh seorang budak lalu berkata, "Mengapa engkau membunuh budak yang tak berdosa itu? Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang keji". Al-Khidir menjawab, "Bukankah aku sudah berkata kepadamu yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan tindak-tandukku". Dengan rasa malu Musa menjawab, "Maafkan aku untuk kedua kalinya dan izinkan aku meneruskan perjalanan bersamamu. Jika berlaku perlanggaran syarat untuk kali ketiganya maka janganlah aku diperbolehkan menyertaimu lagi". Dengan janji Musa yang terakhir mereka meneruskan perjalanan lagi.

Mereka akhirnya sampai ke sebuah desa di mana mereka ingin beristirehat dan mendapatkan sedikit makanan. Namun tiada seorang pun penduduk di desa itu yang terkenal degan sifat bakhil memberi mereka makanan mahupun tempat beristirehat. Dengan rasa kecewa mereka meninggalkan desa itu. Dalam perjalanan keluar dari desa itu mereka ternampak sebuah rumah yang nyaris roboh dindingnya. Al-Khidir secara spontan menghampiri dinding itu lalu ditegakkan semula dinding itu. Musa kehairanan menegur, "Mengapa engkau berbuat kebaikan kepada orang2 yang jahat dan bakhil ini? Mereka telah menolak untuk tidak memberi kita makan dan tempat rehat. Sepatutnya engkau meminta upah atas dinding yang kau tegakkan untuk keperluan makan dan minum kita di dalam perjalanan". Al-Khidir menjawab, "Wahai Musa, inilah saat kita berpisah kerana engkau telah melanggar syarat untuk kali ketiganya. Akan tetapi sebelum berpisah akan ku berikan alasan atas setiap perbuatanku seperti yang aku janjikan".

"Ketahuilah wahai Musa, kerosakan bahtera yang kita naiki itu adalah kerana seorang raja yang zalim sedang mengejar dari belakang untuk merampas perahu itu. Apabila dilihat perahu itu rosak dan berlubang maka raja yang zalim itu akan berfikir dua kali sebelum merampas perahu itu kerana dianggapnya telah rosak berlubang. Maka selamatlah perahu itu dari dirampas oleh raja yang zalim sedangkan perahu itu kepunyaan orang2 fakir miskin yang digunakan untuk mencari nafkah".

"Adapun tentang anak yang aku bunuh itu adalah kerana untuk menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak yang derhaka itu. kedua orang tuanya adalah mukmin, soleh dan bertakwa yang aku khuatiri akan sesat dek kerana dorongan anak yang derhaka itu. Aku harapkan dengan matinya anak itu Allah akan gantikan dengan seorang anak yang soleh dan berbakti kepada mereka kelak".

"Sedang mengenai dinding yang kutegakkan kembali pula adalah kerana di bawah rumah itu terpendam harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka seorang yang soleh dan Allah menghendaki harta peninggalan orang tuanya sampai ke tangan mereka dengan selamat apabila mereka dewasa kelak kerana penduduk di desa itu yang bakhil dan tamakkan harta. Demikian wahai Musa apa yang ingin engkau ketahui. Semuanya bukan kulakukan atas kehendakku sendiri tetapi atas tuntutan wahyu Allah swt. kepadaku".


kesimpulan keseluruh cerita ini, pertama : jangan cepat rasa sombong dengan ilmu yang kita ada walaupun banyak kerana akan ada orang yang lebih pandai dari kita. Kedua : ....?????....cuba korang fikirkan lagi kesimpulan cerita ini menurut pandangan korang dan kongsi sama2 dengan pembaca yang lain...kita bagi otak kita berfikir sikit, insyaAllah.

Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir


Semalam aku mengaji Quran surah al-Khafi, ada diceritakan kisah Nabi Musa dan al-Khidir...(kebetulan Quran aku sekali dgn terjemahan). Dalam Quran ditulis secara ringkas kisah pertemuan mereka berdua. So kat sini aku nak kongsi ceritanya dengan korang semua kot2 ada yang tak pernah dengar...(silap2 tak pernah baca). Aku amik petikan cerita nih dari buku aku yang berjudul Kisah2 Para Nabi & Rasul...Ceritanya macam nih...

Pada suatu ketika berpidatolah Nabi Musa di hadapan kaumnya bani Israil. Beliau berdakwah kepada kaumnya dengan memberi peringatan agar mengingati kurnia & nikmat dari Allah swt serta menyeru melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Sebaik sahaja Nabi Musa mengakhiri pidatonya, bangunlah seorang dari hadirin dan bertanya,"Wahai Musa, siapakah di bumi Allah yang paling pandai dan paling berpengetahuan?". "Aku" jawab Musa.

Rasa sombong yang tercermin dalam kata2 Musa dicela oleh Allah. Allah memperingati bahawa ilmu Allah itu lebih luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia adalah rasul. Selanjutnya untuk menunjukkan kekurangan Nabi Musa, Allah memerintahkan kepadanya agar menemui hambaNya di satu tempat di mana 2 lautan bertemu. Hamba yang soleh itu iaitu al-Khidir akan memberi pengetahuan dan ilmu tambahan kepada Nabi Musa sehingga dia sedar bahawa tiada manusia yag dapat membangga diri dengan ilmunya. Nabi Musa bertanya tentang tanda pengenalan agar dapat mengenali al-Khidir. Allah berfirman, "bawalah seekor ikan di dalam sebuah bakul dalam perjalananmu, dan ketahuilah bahawa tempat di mana engkau kehilangan ikan itu, di situlah tempat engkau akan menemui hambaKu yang soleh itu". Musa pun memulakan pengembaraan dengan diirigi Yusya' bin Nun.

Sampai di satu tempat, tertidurlah mereka di satu batu besardi tepi laut. Semasa mereka tidur nyenyak, turunlah hujan rintik2 dan membasahi seekor ikan di dalm bakul yang mereka bawa. tanpa mereka ketahui melompatlah ikan itu dan masuk ke dalam laut. Bila mereka terjaga, mereka pun meneruskan perjalanan. Sampai di satu tempat yang lain Musa berehat seketika dan meminta Yusya menyediakan santapan. Ketika Yusya membuka bakul untuk mengambil ikan, teringatlah akan Yusya tentang ikan yang terlepas. berkata Yusya, "Aku telah dilupakan oleh syaitan untuk memberitahu kepadamu bahawa tatkala kita tertidur, ikan di dalm bakul telah terlepas". Wajah Nabi Musa berseri2 kerana petunjuk dari Allah telah diketahui. Lalu Musa mengarahkan agar kembali ke tempat ikan itu terlepas kerana di sanalah Musa akan bertemu dengan hamba Allah yang alim iaitu al-Khidir.

Seperti dijanjikan Allah, bertemulah musa dengan al-Khidir yang wajahnya tampak cahaya takwa dan iman. Musa meminta izin dari al-Khidir untuk ikut dan berjalan bersama ke mana sahaja al-Khidir pergi sebagai seorang murid. Al-Khidir menjawab,"Engkau tidak akan sabar dan tidak akan dapat menahan diri bila engkau bersamaku. Engkau akan nampak hal2 seakan2 perbuatan mungkar menurut pandanganmu". Musa menjawab,"InsyaAllah engkau akan dapati aku seorang yang sabar". Berkata Khidir lagi,"Jika engkau benar2 ingin berjalan bersamaku, berjanjilah yang engkau tidak akan bertanya tentang sesuatu sebelum aku memberitahu kepadamu. Engkau harus berjanji tidak akan menentang kerana aku akan memberi tafsiran dan alasan atas segala tindakanku di akhir nanti".

Bersambung...

Gerhana...


Sekarang pukul 12.18 malam...malam ke pagi? lantak ler...ni post aku sebelum tidur. Esok hari Jumaat, 15 january 2010...dijangkakan gerhana matahari...(gerhana matahari tau bukan lagu gerhana M Nasir tu)...Sebelum tidur nih aku nak ingatkan kawan2 dan pembaca blog aku, esok jangan lupa solat sunat gerhana...Jangan lupa!...solat sunat bukan wajib eh. Tapi apa salah kumpul pahala lebih...kalau gaji extra cepat je semua. Ni kira gaji extra gak la...gaji akhirat.

Pendek je post aku malam nih. Sama pendek ngan awek kedai nasik lemak depan umah aku..(pendek tapi muka manis)...sekian, Selamat Malam....

Iklan oh iklan...!


Lama la plak aku rasa iklan kat TV nih...kekedang aku naik fed up. Apa taknya, cerita seminit iklan berjam2...tp bila tgk iklan lelama nih teringat la plak aku masa aku kecik2 dulu. Aku memang suke gile tgk iklan kat tv...(walaupun tau dah iklan tu menipu)...terpacak la depan tv layan iklan. Ada 3 4 iklan yg masih terbayang dlm kepala otak aku yang aku xleh lupe sampai skang...

Iklan Trojan Perkasa...jeng 3x. Aku suka iklan ni dulu sebab trojan tu keluar macam hero giler...(walawey). Pastu dia pakai pedang je bersihkan baju. hidup2 aku kene tipu.



Iklan pencuci Axion...Yang ni lagi la syok. Secolek saja minyak tanggal segera...siap dgn twister lagi. Terus aku suh mak aku beli axion buat basuh pinggan..tp takde pun keluar twister tuh.



Iklan Brylcreem...time nih azhar sulaiman memang tgh top la. Bila iklan ni kuar je, aku slalu berangan depan cermin buat macam2 gaya rambut...(memang kritikal bab rambut nih dr kecik). Kira nak tiru gaya azhar sulaiman la kononnya. Sampai skang aku pakai minyak rambut brylcreem.



Iklan raya EON...ni satu lagi iklan aku takleh lupa. Sebab lagu dia je aku teringat sampai skang. Gila ko, time nih ramlah ram bergetah lagi. Lagu ni biasa je tapi best...aku ingat lagi masa cuti raya start reramai nyanyi lagu ni balik rumah...



Tu antara iklan2 dulu yang aku ingat sampai skang. Ada lagi macam iklan john plyer special..(ala yg balai raya dia roboh pastu dia ckp 'mungkin tidak')...aku nak share tapi takleh. Papepun seronok jugak sebenarnya layan iklan. Cuma jgn la lama sgt kang aku baling jugak TV ni keluar...

Piala Thomas 1992


Aku tetiba teringat dulu masa aku kecik2, aku pernah berangan2 nak jadi Rashid Sidek...huhu...Ingat lagi masa Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992 kat KL...masa tuh aku darjah 5. Time tuh masing2 beli raket badminton nak jadi macam Rashid Sidek lah, Foo Kok Kiong la...yang nak jadi Misbun pun ada. Masa demam Piala Thomas tu bersungguh2 aku kumpul duit nak beli raket cap....(cap apa ntah). Murah je harga dlm belas2 ringgit stok cikai punya. Tapi tu pun layan, janji dapat jadi macam Rashid Sidek. Kene lak masa tu semua orang kat kampung aku bersungguh2 layan badminton. Budak2, orang tua, cikgu2, tukang kebun, posmen, makcik kantin, pak imam...semua bercerita pasal piala thomas. Memang time tuh semua semangat dgn team Malaysia....sampai tokey kedai tempat aku beli raket pun bleh sound aku..."mau bili ini leket mau jadi selupa itu lasid sidek ka?". Terpacak la ramai2 depan TV bila Malaysia start lawan Indonesia. Bila Rashid kalahkan Ardy Wiranata, menjerit aku. Memang syok gile aku rasa layan badminton time tuh...semangat.

Sekarang...ada lagi ke suasana macam tuh? Piala thomas lepas jgn kata layan, siap ada yang tak tau piala thomas dah mula. Mana ada lagi dah satu keluarga kumpul ramai2 depan TV layan badminton...

Teringin tapi malu...


Sebelum aku mula pape aku nak bagi peringatan yang gambar nih aku edit je, bukan aku betul2...muka je muka aku. Kang tak pasal2 mak aku terkejut tgk anak dia dah jadi rock balik...tak mak, mak jangan takut. Aku dah tak buat benda2 tuh...hehehe...zaman rock dah abis. Sebenarnya aku teringat dulu aku penah bela rambut panjang. Tetiba macam teringin lak nak simpan rambut camni lagi...huhu...tapi tu la, pikir2 balik buat rugi duit je nak beli minyak rambut banyak2...Dulu masa aku simpan rambut puas la mak aku membebel suh potong rambut. Alasan aku sebab takde yang pandai gunting, pastu malas nak pegi kedai gunting...Memang pun sebab kat kampung aku la yang selalu gunting rambut orang tp bile time aku, semua tak pandai gunting...(nasib tukang gunting rambut)...bukan kat kampung je, kat kolej pun aku jadi tukang gunting...ala2 takuya kimura...(phrrweeekkk). Cuma masa kat UiTM je aku pandai cover, sorg pun tak tau aku pandai gunting rambut...(sebab dah malas nak gunting rambut orang).
Dulu aku memang kritikal sket beb, bab2 rambut nih. semua gaya aku try...(walaupun kekadang aku rasa macam nak karate muka sendiri)...botak aku penah buat, pendek terpacak penah buat, mohawk pun penah, mak aku je tak tau sebab time nih kat UTM...(kalau mak aku tau dulu memang kena baling ngan mesin parut kelapa)...sebijik macam trojan...tp kejap je pastu aku gunting balik. Sekarang, pendek je...kemas dan sesuai ngan umur aku...(iye ke...iye kan je la).

Sebenarnya aku rasa cam tahun nih nak simpan rambut panjang sket...(sket je)...tapi ok ke?...hhhrrrmmmm....???

Tolong la...


Post nih aku tujukan untuk 2 pengarah terkenal...(terkenal la sangat)...Aku selaku penonton cerita2 dan wayang melayu ni dengan tertibnya menyeru supaya dua orang nih berhenti la dari buat filem...Ahmad Idham ngan Prof Razak Mohaideen. Nama je pengarah berpengalaman, cerita macam hampeh...rasa nak lempang pun ada dua orang nih.

Ahmad Idham, perasan lawak...Buat la cerita senario beach boy. Aduuuhhhh! aku rasa sarkis lagi lawak. Orang putih wat citer drift, ko pun sibuk wat citer drift...bila orang lain buat citer hantu laku, ko pun sibuk buat citer hantu...Pastu, tak abis2 dari dulu nak buat citer mat rempit. Idea ko lagi kecik dari mata ko...

Razak Mohaideen, nama je pensyarah tapi citer macam sampah. Aku tak dapat bayang la apa yang ko ajar kat student2 ko. Tak abih2 ngan mamu, anak mami, boria, nasi kandaq...nahai! buta karey...pung pang pung pang lagu tu jugak. Kapla jingga punya pengarah...tolong la dua orang nih, buat la citer yang berkualiti sket. Kalau tak reti gak berenti trus lagi senang. Ikut la macam pengarah yang kreatif sket macam Khabir Bhatia, Adflin Shauki, Mamat Khalid atau Uwei ke...

Aduuuhhh! Aku rasa nak suap je kaki aku dalam mula dua orang nih.

Impianku (part 2)...


Impian aku selain nak ada rumah, aku nak beli satu SLR..Nikon...(tak dapat nikon pape je la janji SLR)...sbb aku nak jadi macam mamat kat bawah nih...Austin Stevens. Aku kerja design zoo & selalu sangat tengok binatang depan mata tapi rasa sangat2 rugi sbb takde SLR...kan best dapat amik gambar binatang macam kat bawah nih...hhhrrrmmmmm!

kan best kalau dapat capture moment2 macam nih...

Kene usaha lebih keras mulai hari nih. Dah tuh tak reti2 nak sambung buat kerja...asyik surf internet je...Dah...Dah...sambung kerja semua.

Back To School



Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid2 sekolah...kepada adik2 yang baru masuk darjah satu tuh, masa cikgu mengajar jangan main2 kang jadi macam pendekar bujang lapok....lain yang dieja lain yang dibaca. Kepada pakcik tukang kebun selamat berkebun dan terima kasih kerana menjaga keindahan sekolah...kepada makcik kantin selamat berniaga dan jgn senang2 naik harga karipap...(favourite aku tuh karipap)...mentang2 gula naik harga karipap pun nak naik...kepada cikgu2 semua baik cikgu besar mahupun cikgu kecik selamat mengajar dan menahan karenah murid2...(takkan tak cukup2 cuti sebulan lebih)...kepada cikgu2 baru, selamat menjalankan amanah dan jgn lupa korg dh jadi cikgu...kepada mak bapak yang 1st time hantar anak ke sekolah, selamat merasai pengalaman baru...kepada warden asrama selamat berjaga malam...kepada pakcik driver bas ngan van selamat tidur awal sebab pagi2 esok dah nak kene angkut anak orang...(tp jasamu akan dikenang sebab bawak org menuntut ilmu tu kan kira jihad jugak)... AKU?...macam biasa la...kerja..kerja...kerja!

....rindu zaman sekolah rendah....

Impianku...


Azam tahun baru...asal masuk tahun baru je semua sibuk berazam. Berjaya ke tak?...sket la yang tercapai, yang lain hampeh. Ada lagi tak terbuat...tahun baru gak penuh KLCC dgn manusia2 nk celebrate new year...(apa kejadahnya). Buat penat je sesak ramai kat KLCC. Kononnya nak sambut tahun baru padahal semua ada agenda lain...(paham2 dah la). Dah 3 hari dah masuk tahun 2010, aku rasa sama je. Macam mana ngan azam aku? azam aku nak berhenti main farmville dah tercapai. Azam nak berhenti hisap rokok dah tercapai...(dah lama dah aku benti). Nak bayar PTPTN?...ha! tu blom lagi. Makin banyak hutang ada la...biasa la, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...sebab tu aku benci politik. apa aku merepek...Azam nak berubah...insyaAllah dalam proses. Nak pergi Mekah, tunggu duit cukup aku pergi. Memang ada dalam agenda aku...Azam nak carik jodoh...insyaAllah tahun ni baru nak mulakan gerakan mencari...

Tapi dalam banyak2 azam aku, ada satu azam yang dari dulu aku impikan tapi tak tau la bile nak tercapai...esok, lusa, tahun depan...silap2 dah ada family baru tercapai kot. Aku nak ada rumah impian aku...serius beb, rumah impian yang takyah la besar mcm rumah dato' tapi just nice dan berkonsep...(dh arkitek mesti la ada konsep)...konsep ala2 resort and spa.
Entrance ala2 resort sket. Dengan tiang kayu, tangga batu...dari luar orang dah bleh nampak rumah entrance aku. Bumbung pakai material 'bintangor' biar blend ngan nature sket...Depan ada elemen air sket biar bagi soft sket...aku nak kekalkan elemen tangga sbb tu ciri2 rumah melayu, mesti ada tangga...

Living room aku, aku nak simple je. Takyah banyak perabot sebab aku taknak susahkan bini aku esok...(jgn jadi malas sudah)...aku nak bini aku fokus kat aku bukan kat rumah...huhu.. Konsep kene sama secara keseluruhannya...Pastu living aku face dengan pool so balik2 kerja rasa rilek je..kot2 hari panas terus je terjun kolam...living aku biar open senang angin masuk...(jgn nyamuk pun masuk sudah)...baru la macam dekat resort.

Aku punya dining...mestilah open concept. Pastu ada water elemen...fuh! baru best makan. Kene lak bini aku masak sedap...pastu main suap2 ngan bini. Pergh! jawabnya jiran sebelah amik bau je la. Pastu buat landscape macam suasana kampung sket...(pokok2 mesti hijau lebih dr kaler lain baru jadi)...
Bedroom aku mesti kat tingkat atas. Sliding door kene ada. Baru bleh dapat view menarik...Kene ada balkoni so aku bleh hangout, lepak carik ilham, tgk alam semulajadi...pergh! macam org seni la plak. Tapi time tidur mesti la kene tutup pintu tu kalau tak orang nampak kang tak best...Katil mesti katil yg ada tiang empat macam dalam gambar nih, pastu ada kelambu...baru romantik...hehehe.
pastu bilik aku link ngan bilik baju yang besar. aku dah lama ngidam bilik baju besar macam nih. pastu letak cermin besar...

bilik mandi, pun aku nak buat open concept...(macam kat R&R)...tapi kene ada wall keliling for safety.
Kitchen, aku bagi interior dia modern touch la. finishing banyak pakai steel ngan marble. Kasi semangat sket kat orang dapur...aku ni suka makan so biar bini aku rajin sket masak bila ada dapur yang proper. Kaler black ngan silver...dapur tu takyah la luas mana janji muat kalau aku nak main nyorok2 ngan bini aku...(jangan sampai tak masak sudah)...


Swimming pool aku keliling landscape...biar ada feel kampung. Rasa macam zaman kanak2 main parit kat kampung. Pastu pool aku ngadap bilik tidur ngan dining. Senang nak terjun terus dari dalam bilik. Takyah besar kecik je janji aku puas main air.

Overall concept utk landscape rumah aku mesti kampung melayu. Banyak pokok2 besar dan hijau...Hijau tu penting biar sejuk sket. Pokok besar mesti banyak biar redup. Rumput keliling rumah biar pagi2 bau rumput takde la pagi bau asap kereta macam kat Kl. peacefull...
bila dah redup barulah rasa tenang. pastu banyakkan stream...ada lak bridge dari satu space ke space yang lain.

Dah landscape kampung tak lengkap kalau takde binatang. Ayam kampung mesti aku bela dalam reban biar pagi2 dengar bunyi ayam berkokok. Agak2 nak raya takyah beli ayam sebab dah ada ayam kat rumah. Taklah anak aku esok jakun tak penah nampak ayam.
Kesimpulannya, bila agaknya aku nak ada rumah macam nih???? hhhrrrmmmmm...

Bacaan Dalam Solat


Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.