Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir...Part 2


Maka Musa pun meneruskan perjalanan mengikuti al-Khidir demi mencari ilmu. Perlanggaran pertama terhadap persyaratan al-Khidir terjadi di tepi pantai. Nabi al-Khidir meminta pertolongan pemilik perahu agar menghantar mereka ke seberang. Dengan senang hati pemilik perahu itu menghantar mereka tanpa sebarang bayaran. Sedang mereka berlayar Musa ternampak al-Khidir melubangi perahu itu dengan menanggalkan 2 keping papan perahu tersebut. Nabi Musa lupa akan janjinya lalu ditegurnya al-Khidir,"Engkau telah melakukan perbuatan mungkar dengan merosakkan perahu ini. Tidakkah engkau merasa kasihan dan terhutang budi dengan pemilik perahu ini?". Al-Khidir menjawab,"Bukankah aku sudah memberitahumu yang engkau tidak akan dapat sabar melihat tindak-tandukku". Musa berkata,"Maafkan aku. Aku telah lupa akan janjiku sendiri". Permintaan maaf Musa diterima oleh al-Khidir.

Maka mereka meneruskan perjalanan di darat dan bertemu dengan seorang kanak2 yang sedang leka bermain. Al-Khidir dengan tiba2 memanggil budak itu dan dibawanya ke tempat yang sunyi lalu dibunuhnya. Alangkah terperanjatnya Musa melihat tindakan al-Khidir yang sewenang-wenangnya membunuh seorang budak lalu berkata, "Mengapa engkau membunuh budak yang tak berdosa itu? Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang keji". Al-Khidir menjawab, "Bukankah aku sudah berkata kepadamu yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan tindak-tandukku". Dengan rasa malu Musa menjawab, "Maafkan aku untuk kedua kalinya dan izinkan aku meneruskan perjalanan bersamamu. Jika berlaku perlanggaran syarat untuk kali ketiganya maka janganlah aku diperbolehkan menyertaimu lagi". Dengan janji Musa yang terakhir mereka meneruskan perjalanan lagi.

Mereka akhirnya sampai ke sebuah desa di mana mereka ingin beristirehat dan mendapatkan sedikit makanan. Namun tiada seorang pun penduduk di desa itu yang terkenal degan sifat bakhil memberi mereka makanan mahupun tempat beristirehat. Dengan rasa kecewa mereka meninggalkan desa itu. Dalam perjalanan keluar dari desa itu mereka ternampak sebuah rumah yang nyaris roboh dindingnya. Al-Khidir secara spontan menghampiri dinding itu lalu ditegakkan semula dinding itu. Musa kehairanan menegur, "Mengapa engkau berbuat kebaikan kepada orang2 yang jahat dan bakhil ini? Mereka telah menolak untuk tidak memberi kita makan dan tempat rehat. Sepatutnya engkau meminta upah atas dinding yang kau tegakkan untuk keperluan makan dan minum kita di dalam perjalanan". Al-Khidir menjawab, "Wahai Musa, inilah saat kita berpisah kerana engkau telah melanggar syarat untuk kali ketiganya. Akan tetapi sebelum berpisah akan ku berikan alasan atas setiap perbuatanku seperti yang aku janjikan".

"Ketahuilah wahai Musa, kerosakan bahtera yang kita naiki itu adalah kerana seorang raja yang zalim sedang mengejar dari belakang untuk merampas perahu itu. Apabila dilihat perahu itu rosak dan berlubang maka raja yang zalim itu akan berfikir dua kali sebelum merampas perahu itu kerana dianggapnya telah rosak berlubang. Maka selamatlah perahu itu dari dirampas oleh raja yang zalim sedangkan perahu itu kepunyaan orang2 fakir miskin yang digunakan untuk mencari nafkah".

"Adapun tentang anak yang aku bunuh itu adalah kerana untuk menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak yang derhaka itu. kedua orang tuanya adalah mukmin, soleh dan bertakwa yang aku khuatiri akan sesat dek kerana dorongan anak yang derhaka itu. Aku harapkan dengan matinya anak itu Allah akan gantikan dengan seorang anak yang soleh dan berbakti kepada mereka kelak".

"Sedang mengenai dinding yang kutegakkan kembali pula adalah kerana di bawah rumah itu terpendam harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka seorang yang soleh dan Allah menghendaki harta peninggalan orang tuanya sampai ke tangan mereka dengan selamat apabila mereka dewasa kelak kerana penduduk di desa itu yang bakhil dan tamakkan harta. Demikian wahai Musa apa yang ingin engkau ketahui. Semuanya bukan kulakukan atas kehendakku sendiri tetapi atas tuntutan wahyu Allah swt. kepadaku".


kesimpulan keseluruh cerita ini, pertama : jangan cepat rasa sombong dengan ilmu yang kita ada walaupun banyak kerana akan ada orang yang lebih pandai dari kita. Kedua : ....?????....cuba korang fikirkan lagi kesimpulan cerita ini menurut pandangan korang dan kongsi sama2 dengan pembaca yang lain...kita bagi otak kita berfikir sikit, insyaAllah.

6 Response to Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir...Part 2

  1. Anonymous says:

    sy rs..setiap perkara yg berlaku itu adalah diatas kehendak Allah, & pasti ada hikmah bg setiap pkara yg blaku itu...

    am i rite? just trying..

  2. setiap tindakan datang dengan akibat dan alasan tersendiri.jgn cepat menilai org yang membuat sesuatu keputusan atau perkara selagi kita tidak mendengar daripada org tersebut mengapa dia lakukan perkara2 itu.as my mak always said to me, cubalah jadi seperti hakim yg mendengar alasan kedua-dua belah pihak daripada jadi peguam yg hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan terus menjatuhkan hukuman.

    kena tak pengajaran yg aku dpt drpd cerita nih?

  3. dua2 betul...satu cerita yang banyak pengajaran kalau kita baca dr awal chapter...pengajaran tentang betapa bencinya Allah terhadap manusia yang sombong dengan kepandaiannya, pengajaran tentang betapa luasnya ilmu Allah yang tak terjangkau oleh setiap hambaNya sehinggalah kesabaran dalam mencari ilmu...

    apa yang penting...(kerjasama)...harap cerita ni tak berhenti takat ni...kongsi dengan rakan2 dan ahli keluarga insyaAllah...

  4. sarah says:

    insyaallah..

  5. umai says:

    salam..menarik.mau kongsi gak ayat 50 dlm surah al kahfi,ayat ni menarik sb buat kte fikir dlu sblum nk buat perkara yg Allah larang..xkan kte nk menangkan musuh utama kte si syaithon itu..banyak orang xsedar skrang ni yg mrk sedang mengagungkan musuh itu..

  6. umai: tq umai...surah al kahfi ayat 50 iaitu tentang syaitan yang ingkar untuk sujud apabila diperintahkan oleh Allah untuk sujud kpd Nabi Adam. Sememangnya syaitan itu musuh yang terang lagi nyata...tp ramai yang lupa. lebih ramai orang skang yang kutuk org yg sebar dakwah dr kutuk orang buat benda2 mungkar...

Post a Comment