Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir


Semalam aku mengaji Quran surah al-Khafi, ada diceritakan kisah Nabi Musa dan al-Khidir...(kebetulan Quran aku sekali dgn terjemahan). Dalam Quran ditulis secara ringkas kisah pertemuan mereka berdua. So kat sini aku nak kongsi ceritanya dengan korang semua kot2 ada yang tak pernah dengar...(silap2 tak pernah baca). Aku amik petikan cerita nih dari buku aku yang berjudul Kisah2 Para Nabi & Rasul...Ceritanya macam nih...

Pada suatu ketika berpidatolah Nabi Musa di hadapan kaumnya bani Israil. Beliau berdakwah kepada kaumnya dengan memberi peringatan agar mengingati kurnia & nikmat dari Allah swt serta menyeru melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Sebaik sahaja Nabi Musa mengakhiri pidatonya, bangunlah seorang dari hadirin dan bertanya,"Wahai Musa, siapakah di bumi Allah yang paling pandai dan paling berpengetahuan?". "Aku" jawab Musa.

Rasa sombong yang tercermin dalam kata2 Musa dicela oleh Allah. Allah memperingati bahawa ilmu Allah itu lebih luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia adalah rasul. Selanjutnya untuk menunjukkan kekurangan Nabi Musa, Allah memerintahkan kepadanya agar menemui hambaNya di satu tempat di mana 2 lautan bertemu. Hamba yang soleh itu iaitu al-Khidir akan memberi pengetahuan dan ilmu tambahan kepada Nabi Musa sehingga dia sedar bahawa tiada manusia yag dapat membangga diri dengan ilmunya. Nabi Musa bertanya tentang tanda pengenalan agar dapat mengenali al-Khidir. Allah berfirman, "bawalah seekor ikan di dalam sebuah bakul dalam perjalananmu, dan ketahuilah bahawa tempat di mana engkau kehilangan ikan itu, di situlah tempat engkau akan menemui hambaKu yang soleh itu". Musa pun memulakan pengembaraan dengan diirigi Yusya' bin Nun.

Sampai di satu tempat, tertidurlah mereka di satu batu besardi tepi laut. Semasa mereka tidur nyenyak, turunlah hujan rintik2 dan membasahi seekor ikan di dalm bakul yang mereka bawa. tanpa mereka ketahui melompatlah ikan itu dan masuk ke dalam laut. Bila mereka terjaga, mereka pun meneruskan perjalanan. Sampai di satu tempat yang lain Musa berehat seketika dan meminta Yusya menyediakan santapan. Ketika Yusya membuka bakul untuk mengambil ikan, teringatlah akan Yusya tentang ikan yang terlepas. berkata Yusya, "Aku telah dilupakan oleh syaitan untuk memberitahu kepadamu bahawa tatkala kita tertidur, ikan di dalm bakul telah terlepas". Wajah Nabi Musa berseri2 kerana petunjuk dari Allah telah diketahui. Lalu Musa mengarahkan agar kembali ke tempat ikan itu terlepas kerana di sanalah Musa akan bertemu dengan hamba Allah yang alim iaitu al-Khidir.

Seperti dijanjikan Allah, bertemulah musa dengan al-Khidir yang wajahnya tampak cahaya takwa dan iman. Musa meminta izin dari al-Khidir untuk ikut dan berjalan bersama ke mana sahaja al-Khidir pergi sebagai seorang murid. Al-Khidir menjawab,"Engkau tidak akan sabar dan tidak akan dapat menahan diri bila engkau bersamaku. Engkau akan nampak hal2 seakan2 perbuatan mungkar menurut pandanganmu". Musa menjawab,"InsyaAllah engkau akan dapati aku seorang yang sabar". Berkata Khidir lagi,"Jika engkau benar2 ingin berjalan bersamaku, berjanjilah yang engkau tidak akan bertanya tentang sesuatu sebelum aku memberitahu kepadamu. Engkau harus berjanji tidak akan menentang kerana aku akan memberi tafsiran dan alasan atas segala tindakanku di akhir nanti".

Bersambung...

2 Response to Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir

  1. apa punya turrr,hg nih aku syok2 baca boleh pulak bersambung.nih ada berapa episode hg nak buat.jgnla buat bnyk sngt episode mcm cerita sepanyol plak..peeelissss

  2. gm: sabar ek...ada 2 part je sbb nih cerita arab bukan cerita latin...ok aku sambung lah nih.

Post a Comment