P Ramlee....


P Ramlee sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi kita. Seniman agong ini merupakan idola aku sebab sampai skang aku rasa takde pelakon atau pengarah filem dan muzik yang setanding dengannya. Lawak dia, sampai skang masih lagi evergreen walaupun banyak dialog dia aku dh hafal...tp bila tgk balik masih nak tergelak. Hari ni aku nak kongsi sket tentang sejarah seniman yang digelar P Ramlee ni...
Nama sebenar P Ramlee adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 (sebelum perang daaa) di Counter Hall, Penang. Filem2 beliau telah banyak membuatkan para penontonnya berguling2 tergelak, meleleh air mata menangis dan terhibur dgn telatah beliau dan rakan2 dalam setiap filemnya. Jangan kata org tua, org2 muda yang mungkin lahir selepas dia meninggalkan dunia juga suka dengan filem2 beliau. Bagi aku secara jujur aku paling suka cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis...3 cerita nih memang aku suka. Bagi aku setiap filem beliau bnyk berkisar tentang masyarakat dan dekat dengan jiwa org2 melayu sbb tuh semua golongan suka akan cerita beliau. Memang kdg2 ada sedikit sindir menyindir secara tersirat tp sindiran itu yg buat filem2 P Ramlee ni unik.

Kronologi Filem2 P Ramlee...

1 - PENARIK BECA (1955)...tangkap leleh
2 - SEMERAH PADI (1956)
3 - PANCA DELIMA (1957)
4 - BUJANG LAPOK (1957)...start buat cerita lawak
5 - SUMPAHAN ORANG MINYAK (1958)
6 - PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)...favourite aku nih


7 - MUSANG BERJANGGUT (1959)...era filem lawak bermula
8 - NUJUM PAK BELALANG (1959)...belalang

9 - ANTARA DUA DARJAT (1960)
10- ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)...ngan sudin & ajis
11- SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
12- IBU MERTUAKU (1962)...ala kasimmmmm

13- LABU LABI (1962)
14- NASIB LABU LABI (1963)
15- TIGA ABDUL (1964)...jgn marah nanti kene jual
16- MADU TIGA (1964)...kasian
17- RAGAM P RAMLEE (1965)
18- MASAM MASAM MANIS (1965)...aku suke citer nih


19- SABARUDIN TUKANG KASUT (1966)
20- DO RE MI (1966)..tompel paling aku minat zaman nih
21- NASIB DO RE MI (1966)
22- SESUDAH SUBUH (1967)
23- KELUARGA 69 (1967)
24- ANAK BAPAK (1968)
25- GERIMIS (1968)
26- AHMAD ALBAB (1968)
27- KANCAN TIRANA (1969)...pastu dia rest kejap
28- LAKSAMANA DO RE MI (1972)...filem terakhir beliau.

papepun, filem dia memang best. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

0 Response to P Ramlee....

Post a Comment