P Ramlee....


P Ramlee sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi kita. Seniman agong ini merupakan idola aku sebab sampai skang aku rasa takde pelakon atau pengarah filem dan muzik yang setanding dengannya. Lawak dia, sampai skang masih lagi evergreen walaupun banyak dialog dia aku dh hafal...tp bila tgk balik masih nak tergelak. Hari ni aku nak kongsi sket tentang sejarah seniman yang digelar P Ramlee ni...
Nama sebenar P Ramlee adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 (sebelum perang daaa) di Counter Hall, Penang. Filem2 beliau telah banyak membuatkan para penontonnya berguling2 tergelak, meleleh air mata menangis dan terhibur dgn telatah beliau dan rakan2 dalam setiap filemnya. Jangan kata org tua, org2 muda yang mungkin lahir selepas dia meninggalkan dunia juga suka dengan filem2 beliau. Bagi aku secara jujur aku paling suka cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis...3 cerita nih memang aku suka. Bagi aku setiap filem beliau bnyk berkisar tentang masyarakat dan dekat dengan jiwa org2 melayu sbb tuh semua golongan suka akan cerita beliau. Memang kdg2 ada sedikit sindir menyindir secara tersirat tp sindiran itu yg buat filem2 P Ramlee ni unik.

Kronologi Filem2 P Ramlee...

1 - PENARIK BECA (1955)...tangkap leleh
2 - SEMERAH PADI (1956)
3 - PANCA DELIMA (1957)
4 - BUJANG LAPOK (1957)...start buat cerita lawak
5 - SUMPAHAN ORANG MINYAK (1958)
6 - PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)...favourite aku nih


7 - MUSANG BERJANGGUT (1959)...era filem lawak bermula
8 - NUJUM PAK BELALANG (1959)...belalang

9 - ANTARA DUA DARJAT (1960)
10- ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)...ngan sudin & ajis
11- SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
12- IBU MERTUAKU (1962)...ala kasimmmmm

13- LABU LABI (1962)
14- NASIB LABU LABI (1963)
15- TIGA ABDUL (1964)...jgn marah nanti kene jual
16- MADU TIGA (1964)...kasian
17- RAGAM P RAMLEE (1965)
18- MASAM MASAM MANIS (1965)...aku suke citer nih


19- SABARUDIN TUKANG KASUT (1966)
20- DO RE MI (1966)..tompel paling aku minat zaman nih
21- NASIB DO RE MI (1966)
22- SESUDAH SUBUH (1967)
23- KELUARGA 69 (1967)
24- ANAK BAPAK (1968)
25- GERIMIS (1968)
26- AHMAD ALBAB (1968)
27- KANCAN TIRANA (1969)...pastu dia rest kejap
28- LAKSAMANA DO RE MI (1972)...filem terakhir beliau.

papepun, filem dia memang best. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Kisah Singa Dan Manusia


Apa yang saya nak kongsi ni merupakan satu video kisah benar...true story...benar2 terjadi...ini betul betul bukan cobaan...Kisah kasih sayang antara manusia dan haiwan. Ni bukan binatang biasa tp binatang buas...sang singa....iye singa, bukan kucing siam ke kucing parsi ke kucing hutan ke...tp singa.

Kisah ni terjadi sekitar tahun 1969...antara 2 orang sahabat iaitu John Rendall dan Ace Berg. 2 orang kawan ni kira mcm pencinta haiwan gak la...mcm aku la lbh kurang. Nak dijadikan cerita mamat 2 orang nih terserempak ngan anak singa yang dikurung di Harrods...Harrods itu dekat2 dgn negeri gohedgostan kot...Diaorg kesian tgk anak singa ni sbb terkurung, lemah, kene seksa walhal singa nih haiwan yang perlukan lesen untuk sebarang urusan perniagaan dan setiap jual beli juga ada had. Jadi atas peri kemanusiaan diaorg nih beli singa tu sbb nk selamatkan anak singa ni. Tujuaan utama diaorg nih nk bela sampai matang pastu lepaskan balik kat dalam hutan savanah afrika atau dalam bahasa kitab haiwan 'reintroduce'.


Dalam tempoh penjagaan singa nih diaorg layan anak singa ni mcm anak sendiri. Tidur sama, makan sama2, main sama, lepak minum kopi pun sama2...atau dalam kata lain bagi layanan istimewa...(korang boleh tgk dlm video nih nanti)...pendek kata, diaorg memang sayang gila kat anak singa ni sampai kekadang jalan2 pun bawak anak singa nih. Singa ni pun cukup manja ngan mamat dua org nih.


Nak dijadikan lagi cerita, lepas beberapa tahun singa ni besar. Diaorg dh takleh bela lagi sbb dah cukup matang dan target utama dia nak lepaskan singa nih balik. Memang syahdu la sbb masa dalam perjalanan singa yg dah besar nih siap mintak dukung sbb takut...(scene nih ada dlm video)...dlm perjalanan tuh gak diaorg sedih tgk singa tuh tidur sbb agaknya penat sgt asyik terlompat sana sini. Sampai kat kawasan kawanan singa tuh diaorg pun lepaskan singa tuh. Diaorg bukan lepaskan camtu je tp pantau dari semasa ke semasa sbb nak tgk progress singa tuh membesar. Diaorg ada gak suruh org masai tolong tgk2 singa nih kot2 ada benda buruk jadi. Mengikut laporan, agak lama gak la singa nih nak sesuaikan diri ngan habitat baru sbb dr kecik singa nih dah kene culik...so dia amik masa nak sesuaikan dgn habitat savanah nih.


Selang beberapa tahun mamat dua orang nih rindu kat singa nih. Diaorg pun nekad nak jenguk singa yang diaorg bela nih...ala mcm mak bapak jenguk anak kt asrama...Tp mengikut org yg memantau progress singa ni bgtau yg keadaan agak bahaya. Ini disebabkan singa nih dah mula sesuai dgn keadaan asal dan yang paling menakutkan singa nih dah jadi kepala dalam kelompok family dia...Silap2 ngan tuan2 dia skali singa nih tak kenal. Sedikit info, singa hidup secara kawanan atau 'tribe'...Bila dah jadi ketua dlm kalangan kumpulan nih karektor dia dh bertukar jadi ganas sket sbb nak kasi eksyen sket ngan singa yg lain...singa yg diaorg bela nih cuma kenal ngan org masai yg pantau dia je tp dgn tourist dia jadi ganas...bukan kejam tp sifat singa nak lindungi anak2 dia...diaorg dua org nih sedih tp masih berkeras nak face to face ngan singa yg diaorg jaga dulu.

korang tau apa jadi masa mamat dua org nih jumpa singa yg dah besar tuh...iskh..iskh...iskh...korang tgk la sendiri...amik pengajaran dari kisah benar nih.




Top 10 World Cup Goals


TOP 10 WORLD CUP GOALS...
10- (PELE) Brazil vs Czechoslovakia (1970)
9 - (JOHAN CRUYFF) Holland vs Brazil (1974)
8 - (JOSIMAR) Brazil vs Northern Ireland (1986)
7 - (ROBERTO BAGGIO) Italy vs Czechoslovakia (1990)
6 - (DENNIS BERGKAMP) Holland vs Argentina (1998)
5 - (MICHAEL OWEN) England vs Argentina (1998)
4 - (LOTHAR MATTHAUS) West Germany vs Yugoslavia (1990)
3 - (SAEED OWAIRAN) Saudi Arabia vs Belgium (1994)
2 - (DIEGO MARADONA) Argentina vs England (1986)
1 - (CARLOS ALBERTO) Brazil vs Italy (1970)...

Ibadah Korban...


Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi sbb kami sekeluarga dah berjaya menyempurnakan ibadah korban. Macam2 perasan ada masa majlis korban tuh...insaf, bersyukur, gembira sbb segala2nya berjalan mengikut perancangan. Seronok gak sbb dapat kumpul ramai2 dengan ahli keluarga dan org2 kampung yg bertungkus lumus tolong menumbangkan lembu yang agak liat gak la masa nak sembelih tuh...memang aku tabik la kat org2 kampung yg berjaya meng'handle' lembu yang nak dibuat korban. pengalaman yg bagus untuk dijadikan teladan utk semua org agar dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya...pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail...



Lembu nih kitaorg kongsi adik beradik. Setiap orang amik satu bahagian. Lembu ada 7 bahagian so sorang satu bahagian. Aku pun tak ketinggalan amik bahagian sebagai tanda kesyukuran...sbb akhirnya projek zoo kemaman dah nak mula...amin.


ps: tahniah buat syahirah sbb dapat 5A dalam UPSR...

Salam Idul Adha...



Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, aku nak mengucapkan selamat Hari Raya Qurban...semoga kita sama sama dapat mengambil pengajaran dari peristiwa qurban ini untuk sama2 kita menuju kejayaan di dunia dan akhirat...petang ni aku akan pulang ke kampung untuk menemui keluarga tercinta...(chewah! macam jauh no kampung)...kepada mereka yang pulang ke kampung pada hari ini juga diharap berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa baca doa sebelum memulakan perjalanan...Salam Idul Adha.

Photo of the week...



ps : ini baru bola sepak...hehehehe...aku tak kesah pun sbb dua2 team aku tak sokong....

Superman


aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki laki tak boleh nangis
harus slalu kuat harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting
jadi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan
tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah slalu mahu
kita berjanji tuk tidak lagi
menangis kerna cinta

Sesame Street....


Semenjak dua menjak ni bila aku bukak Google mesti kuar gambo kartun sesame street (kartun ker? aku rasa patung je semua...pape la)...asal bukak kuar gambo dia, asal bukak kuar gambo dia, asal kuar gambo dia je aku bukak...rupanya kartun Sesame Street ni sambut ulangtahun ke 40...(ada aku kesah). Aku minat ke tak? jangan harap...Dari kecik lagi aku tak minat citer nih...mcm sangap je aku rasa masa kecik2...Kakak aku penah gak suh layan sbb konon2 ada knowledge sket...tak dapek do...baik aku layan kartun lain...thundercats, ultraman, fantastic 4 dll...

Tapi sbb aku nak buang masa aku, aku nak share la sket pasal kartun nih. Rupa2nya dah 40 tahun ek...kira legend gak la. Malaysia ada ke citer2 cam ni yg bleh tahan lama...Ada la jugak citer Along...A.L.O.N.G...ALONG...tu pun skang tak tau ada lagi ke tak...Berbalik pada Sesame Street nih, citer nih mula2 skali tayang pada 10 November 1969...(katanya la...) watak utama yg menjadi kegilaan kanak2 (gile ke) adalah 'Big Bird' ngan 'elmo'...dan hari ni baru aku tau citer ni orang Yahudi yang buat...(memang patut aku tak suka dulu).

Sebenarnya aku cam agak pelik gak la. Citer simple camni bleh jadi glamour ek...aku ada terpikir, kalau citer camni budak2 bleh suka, kenapa kita tak buat citer kanak2 camni yg bagi knowledge pasal Islam...kot2 cara ni boleh tarik diaorg cintakan Islam in the different way...tapi kene make sure citer dia betul2 bermutu la. Ini tak kadang2 aku tgk (bukan nak kutuk tp memang nak kutuk)...macam sambil lewa je wat citer. Budak2 pun boleh gelakkan badut tuh...Melentur buluh biar dari rebungnya...so, bayangkan kalau budak2 dari kecik dah cintakan Islam...suka solat, suka mengaji Quran, suka kisah2 nabi dan sahabat, suka berbuat amal soleh...Ini tak, yang sibuk TV tekankan citer nyanyi2 ngan joget2...yang lagi teruk, digalakkan lagi budak tuh melalak...Idola kecil dan sebagainya...tepuk dada tanya iman la beb....Jangan sampai orang luar cap org Islam ni cuma suka benda hiburan. Aku rasa semua budak2 dah jadi minat menyanyi dari mengaji. Kekadang tuh yang lagi parah, mak ayah siap paksa anak dia jadi artis...(iskh...iskh...iskh)...Bukan la pulak aku anti hiburan, aku pun layan hiburan gak, cuma atleast balance kan la antara citer hiburan ngan citer2 dakwah...sebab aku rasa ramai kanak2 tau nama artis dari nama rasul...Tak caya, cuba tanya adik2 kita @ anak buah kita @ anak kita...

Kesimpulannya, aku memang tetap tak suka citer Sesame Street...