Tolong la...
Post nih aku tujukan untuk 2 pengarah terkenal...(terkenal la sangat)...Aku selaku penonton cerita2 dan wayang melayu ni dengan tertibnya menyeru supaya dua orang nih berhenti la dari buat filem...Ahmad Idham ngan Prof Razak Mohaideen. Nama je pengarah berpengalaman, cerita macam hampeh...rasa nak lempang pun ada dua orang nih.
Ahmad Idham, perasan lawak...Buat la cerita senario beach boy. Aduuuhhhh! aku rasa sarkis lagi lawak. Orang putih wat citer drift, ko pun sibuk wat citer drift...bila orang lain buat citer hantu laku, ko pun sibuk buat citer hantu...Pastu, tak abis2 dari dulu nak buat citer mat rempit. Idea ko lagi kecik dari mata ko...

Razak Mohaideen, nama je pensyarah tapi citer macam sampah. Aku tak dapat bayang la apa yang ko ajar kat student2 ko. Tak abih2 ngan mamu, anak mami, boria, nasi kandaq...nahai! buta karey...pung pang pung pang lagu tu jugak. Kapla jingga punya pengarah...tolong la dua orang nih, buat la citer yang berkualiti sket. Kalau tak reti gak berenti trus lagi senang. Ikut la macam pengarah yang kreatif sket macam Khabir Bhatia, Adflin Shauki, Mamat Khalid atau Uwei ke...
Aduuuhhh! Aku rasa nak suap je kaki aku dalam mula dua orang nih.
Ahmad Idham, perasan lawak...Buat la cerita senario beach boy. Aduuuhhhh! aku rasa sarkis lagi lawak. Orang putih wat citer drift, ko pun sibuk wat citer drift...bila orang lain buat citer hantu laku, ko pun sibuk buat citer hantu...Pastu, tak abis2 dari dulu nak buat citer mat rempit. Idea ko lagi kecik dari mata ko...
Razak Mohaideen, nama je pensyarah tapi citer macam sampah. Aku tak dapat bayang la apa yang ko ajar kat student2 ko. Tak abih2 ngan mamu, anak mami, boria, nasi kandaq...nahai! buta karey...pung pang pung pang lagu tu jugak. Kapla jingga punya pengarah...tolong la dua orang nih, buat la citer yang berkualiti sket. Kalau tak reti gak berenti trus lagi senang. Ikut la macam pengarah yang kreatif sket macam Khabir Bhatia, Adflin Shauki, Mamat Khalid atau Uwei ke...
Aduuuhhh! Aku rasa nak suap je kaki aku dalam mula dua orang nih.

kan best kalau dapat capture moment2 macam nih...
Kene usaha lebih keras mulai hari nih. Dah tuh tak reti2 nak sambung buat kerja...asyik surf internet je...Dah...Dah...sambung kerja semua.
Entrance ala2 resort sket. Dengan tiang kayu, tangga batu...dari luar orang dah bleh nampak rumah entrance aku. Bumbung pakai material 'bintangor' biar blend ngan nature sket...Depan ada elemen air sket biar bagi soft sket...aku nak kekalkan elemen tangga sbb tu ciri2 rumah melayu, mesti ada tangga...
Living room aku, aku nak simple je. Takyah banyak perabot sebab aku taknak susahkan bini aku esok...(jgn jadi malas sudah)...aku nak bini aku fokus kat aku bukan kat rumah...huhu.. Konsep kene sama secara keseluruhannya...Pastu living aku face dengan pool so balik2 kerja rasa rilek je..kot2 hari panas terus je terjun kolam...living aku biar open senang angin masuk...(jgn nyamuk pun masuk sudah)...baru la macam dekat resort.
Aku punya dining...mestilah open concept. Pastu ada water elemen...fuh! baru best makan. Kene lak bini aku masak sedap...pastu main suap2 ngan bini. Pergh! jawabnya jiran sebelah amik bau je la. Pastu buat landscape macam suasana kampung sket...(pokok2 mesti hijau lebih dr kaler lain baru jadi)...
Bedroom aku mesti kat tingkat atas. Sliding door kene ada. Baru bleh dapat view menarik...Kene ada balkoni so aku bleh hangout, lepak carik ilham, tgk alam semulajadi...pergh! macam org seni la plak. Tapi time tidur mesti la kene tutup pintu tu kalau tak orang nampak kang tak best...Katil mesti katil yg ada tiang empat macam dalam gambar nih, pastu ada kelambu...baru romantik...hehehe.
pastu bilik aku link ngan bilik baju yang besar. aku dah lama ngidam bilik baju besar macam nih. pastu letak cermin besar...
bilik mandi, pun aku nak buat open concept...(macam kat R&R)...tapi kene ada wall keliling for safety.
Kitchen, aku bagi interior dia modern touch la. finishing banyak pakai steel ngan marble. Kasi semangat sket kat orang dapur...aku ni suka makan so biar bini aku rajin sket masak bila ada dapur yang proper. Kaler black ngan silver...dapur tu takyah la luas mana janji muat kalau aku nak main nyorok2 ngan bini aku...(jangan sampai tak masak sudah)...
Overall concept utk landscape rumah aku mesti kampung melayu. Banyak pokok2 besar dan hijau...Hijau tu penting biar sejuk sket. Pokok besar mesti banyak biar redup. Rumput keliling rumah biar pagi2 bau rumput takde la pagi bau asap kereta macam kat Kl. peacefull...
bila dah redup barulah rasa tenang. pastu banyakkan stream...ada lak bridge dari satu space ke space yang lain.
Dah landscape kampung tak lengkap kalau takde binatang. Ayam kampung mesti aku bela dalam reban biar pagi2 dengar bunyi ayam berkokok. Agak2 nak raya takyah beli ayam sebab dah ada ayam kat rumah. Taklah anak aku esok jakun tak penah nampak ayam.
Nama sebenar P Ramlee adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 (sebelum perang daaa) di Counter Hall, Penang. Filem2 beliau telah banyak membuatkan para penontonnya berguling2 tergelak, meleleh air mata menangis dan terhibur dgn telatah beliau dan rakan2 dalam setiap filemnya. Jangan kata org tua, org2 muda yang mungkin lahir selepas dia meninggalkan dunia juga suka dengan filem2 beliau. Bagi aku secara jujur aku paling suka cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Masam Masam Manis...3 cerita nih memang aku suka. Bagi aku setiap filem beliau bnyk berkisar tentang masyarakat dan dekat dengan jiwa org2 melayu sbb tuh semua golongan suka akan cerita beliau. Memang kdg2 ada sedikit sindir menyindir secara tersirat tp sindiran itu yg buat filem2 P Ramlee ni unik.
9 - ANTARA DUA DARJAT (1960)






