Macam tak percaya


aku tertekan...check handphone...tgk IC...selongkar surat beranak...belek kalendar...memang sah la mata aku tak silap...aku dah 29 tahun rupanya...(kalau ikut bulan masih 28...huhu)...mak aih...dah nak masuk 30 sen umur aku...!

Zoo Kemaman...in the making


Start hari ni aku akan kurangkan penulisan blog aku sebab kerja aku dah start berlambak...aku dah nak start pulun projek Zoo Kemaman. Maknanya aku terpaksa kurangkan merepek pasal benda2 lain selain dari binatang, habitat binatang, makanan binatang, kandang binatang dan benda2 yang ada sangkut paut dengan binatang...(kecuali taik binatang...itu lain kedai jual taik binatang). Aku dah nak kene start detailkan semua exhibit binatang...aduhhhh!...pening aku. korang kene layan je la citer binatang aku nih...sebab memang aku kerja dengan binatang cuma perangai aku je tak macam binatang...tp binatang still makhluk tuhan...eh! berapa banyak binatang daaaaa.....

Meh aku citer sket kerja aku. Aku kerja sebagai Landscape Architect (glamour la konon) kt company aku Global Wildlife Immersion (GWI). Specialist buat zoo...lebih kurang macam kerja si sudin la..."kerja saya merbahaya pakcik, siang malam berjaga2 saja...kerja apa nak sudin?...sambung ekor beruang pakcik...iskh..iskh...iskh...iskh..." tapi tu pada title saja...hakikatnya aku kat company aku nih kene buat semua kerja...building, landskap dan jugak zoology...rezeki tuhan company aku dapat projek buat zoo kemaman. So, ni la nak start kene pulun...nak tender bulan 5 tp design tak kompem2 lagi...aduhhhhh!...sebenarnya kemaman memang dah ada mini zoo tapi skang diaorg setuju nak besarkan zoo tu...dan kemungkinan akan jadi zoo terbesar kat Malaysia kot...(including future development)...biasa aku sembang ala2 drama melayu samarenda...citer projek nak gempak2 juta2 punya...besar punyaaaa!

So, doakan semuanya berjalan lancar dan projek zoo ni sukses...atleast ada gak la tarikan baru kat pantai timur...ok...ok...dah nak maghrib...jom solat.

Wahai jiranku yang mulia


Aku rasa aku nak talipon tv3 nak suh Karam Singh Walia datang area apartment aku. Aku nak komplen kat dia suh wat citer pasal jiran2 aku yang tak reti nak padam alarm kereta...macam2 bunyik keluar. Siap ada alarm yang bleh bercakap...(tu yang paling aku berbulu)...asal orang lalu sebelah je berbunyik. Apa susah sangat...tekan je la kasi padam bunyi tuh. Memekak!..korang ingat satu apartment ni suke dengar alarm ko. Kalau alarm ko lagu Herman Tino bleh gak layan...Ibarat ayam berkokok pagi, kucing menari shuffle...

Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir...Part 2


Maka Musa pun meneruskan perjalanan mengikuti al-Khidir demi mencari ilmu. Perlanggaran pertama terhadap persyaratan al-Khidir terjadi di tepi pantai. Nabi al-Khidir meminta pertolongan pemilik perahu agar menghantar mereka ke seberang. Dengan senang hati pemilik perahu itu menghantar mereka tanpa sebarang bayaran. Sedang mereka berlayar Musa ternampak al-Khidir melubangi perahu itu dengan menanggalkan 2 keping papan perahu tersebut. Nabi Musa lupa akan janjinya lalu ditegurnya al-Khidir,"Engkau telah melakukan perbuatan mungkar dengan merosakkan perahu ini. Tidakkah engkau merasa kasihan dan terhutang budi dengan pemilik perahu ini?". Al-Khidir menjawab,"Bukankah aku sudah memberitahumu yang engkau tidak akan dapat sabar melihat tindak-tandukku". Musa berkata,"Maafkan aku. Aku telah lupa akan janjiku sendiri". Permintaan maaf Musa diterima oleh al-Khidir.

Maka mereka meneruskan perjalanan di darat dan bertemu dengan seorang kanak2 yang sedang leka bermain. Al-Khidir dengan tiba2 memanggil budak itu dan dibawanya ke tempat yang sunyi lalu dibunuhnya. Alangkah terperanjatnya Musa melihat tindakan al-Khidir yang sewenang-wenangnya membunuh seorang budak lalu berkata, "Mengapa engkau membunuh budak yang tak berdosa itu? Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang keji". Al-Khidir menjawab, "Bukankah aku sudah berkata kepadamu yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan tindak-tandukku". Dengan rasa malu Musa menjawab, "Maafkan aku untuk kedua kalinya dan izinkan aku meneruskan perjalanan bersamamu. Jika berlaku perlanggaran syarat untuk kali ketiganya maka janganlah aku diperbolehkan menyertaimu lagi". Dengan janji Musa yang terakhir mereka meneruskan perjalanan lagi.

Mereka akhirnya sampai ke sebuah desa di mana mereka ingin beristirehat dan mendapatkan sedikit makanan. Namun tiada seorang pun penduduk di desa itu yang terkenal degan sifat bakhil memberi mereka makanan mahupun tempat beristirehat. Dengan rasa kecewa mereka meninggalkan desa itu. Dalam perjalanan keluar dari desa itu mereka ternampak sebuah rumah yang nyaris roboh dindingnya. Al-Khidir secara spontan menghampiri dinding itu lalu ditegakkan semula dinding itu. Musa kehairanan menegur, "Mengapa engkau berbuat kebaikan kepada orang2 yang jahat dan bakhil ini? Mereka telah menolak untuk tidak memberi kita makan dan tempat rehat. Sepatutnya engkau meminta upah atas dinding yang kau tegakkan untuk keperluan makan dan minum kita di dalam perjalanan". Al-Khidir menjawab, "Wahai Musa, inilah saat kita berpisah kerana engkau telah melanggar syarat untuk kali ketiganya. Akan tetapi sebelum berpisah akan ku berikan alasan atas setiap perbuatanku seperti yang aku janjikan".

"Ketahuilah wahai Musa, kerosakan bahtera yang kita naiki itu adalah kerana seorang raja yang zalim sedang mengejar dari belakang untuk merampas perahu itu. Apabila dilihat perahu itu rosak dan berlubang maka raja yang zalim itu akan berfikir dua kali sebelum merampas perahu itu kerana dianggapnya telah rosak berlubang. Maka selamatlah perahu itu dari dirampas oleh raja yang zalim sedangkan perahu itu kepunyaan orang2 fakir miskin yang digunakan untuk mencari nafkah".

"Adapun tentang anak yang aku bunuh itu adalah kerana untuk menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak yang derhaka itu. kedua orang tuanya adalah mukmin, soleh dan bertakwa yang aku khuatiri akan sesat dek kerana dorongan anak yang derhaka itu. Aku harapkan dengan matinya anak itu Allah akan gantikan dengan seorang anak yang soleh dan berbakti kepada mereka kelak".

"Sedang mengenai dinding yang kutegakkan kembali pula adalah kerana di bawah rumah itu terpendam harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka seorang yang soleh dan Allah menghendaki harta peninggalan orang tuanya sampai ke tangan mereka dengan selamat apabila mereka dewasa kelak kerana penduduk di desa itu yang bakhil dan tamakkan harta. Demikian wahai Musa apa yang ingin engkau ketahui. Semuanya bukan kulakukan atas kehendakku sendiri tetapi atas tuntutan wahyu Allah swt. kepadaku".


kesimpulan keseluruh cerita ini, pertama : jangan cepat rasa sombong dengan ilmu yang kita ada walaupun banyak kerana akan ada orang yang lebih pandai dari kita. Kedua : ....?????....cuba korang fikirkan lagi kesimpulan cerita ini menurut pandangan korang dan kongsi sama2 dengan pembaca yang lain...kita bagi otak kita berfikir sikit, insyaAllah.

Kisah Nabi Musa dan Al-Khidir


Semalam aku mengaji Quran surah al-Khafi, ada diceritakan kisah Nabi Musa dan al-Khidir...(kebetulan Quran aku sekali dgn terjemahan). Dalam Quran ditulis secara ringkas kisah pertemuan mereka berdua. So kat sini aku nak kongsi ceritanya dengan korang semua kot2 ada yang tak pernah dengar...(silap2 tak pernah baca). Aku amik petikan cerita nih dari buku aku yang berjudul Kisah2 Para Nabi & Rasul...Ceritanya macam nih...

Pada suatu ketika berpidatolah Nabi Musa di hadapan kaumnya bani Israil. Beliau berdakwah kepada kaumnya dengan memberi peringatan agar mengingati kurnia & nikmat dari Allah swt serta menyeru melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Sebaik sahaja Nabi Musa mengakhiri pidatonya, bangunlah seorang dari hadirin dan bertanya,"Wahai Musa, siapakah di bumi Allah yang paling pandai dan paling berpengetahuan?". "Aku" jawab Musa.

Rasa sombong yang tercermin dalam kata2 Musa dicela oleh Allah. Allah memperingati bahawa ilmu Allah itu lebih luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia adalah rasul. Selanjutnya untuk menunjukkan kekurangan Nabi Musa, Allah memerintahkan kepadanya agar menemui hambaNya di satu tempat di mana 2 lautan bertemu. Hamba yang soleh itu iaitu al-Khidir akan memberi pengetahuan dan ilmu tambahan kepada Nabi Musa sehingga dia sedar bahawa tiada manusia yag dapat membangga diri dengan ilmunya. Nabi Musa bertanya tentang tanda pengenalan agar dapat mengenali al-Khidir. Allah berfirman, "bawalah seekor ikan di dalam sebuah bakul dalam perjalananmu, dan ketahuilah bahawa tempat di mana engkau kehilangan ikan itu, di situlah tempat engkau akan menemui hambaKu yang soleh itu". Musa pun memulakan pengembaraan dengan diirigi Yusya' bin Nun.

Sampai di satu tempat, tertidurlah mereka di satu batu besardi tepi laut. Semasa mereka tidur nyenyak, turunlah hujan rintik2 dan membasahi seekor ikan di dalm bakul yang mereka bawa. tanpa mereka ketahui melompatlah ikan itu dan masuk ke dalam laut. Bila mereka terjaga, mereka pun meneruskan perjalanan. Sampai di satu tempat yang lain Musa berehat seketika dan meminta Yusya menyediakan santapan. Ketika Yusya membuka bakul untuk mengambil ikan, teringatlah akan Yusya tentang ikan yang terlepas. berkata Yusya, "Aku telah dilupakan oleh syaitan untuk memberitahu kepadamu bahawa tatkala kita tertidur, ikan di dalm bakul telah terlepas". Wajah Nabi Musa berseri2 kerana petunjuk dari Allah telah diketahui. Lalu Musa mengarahkan agar kembali ke tempat ikan itu terlepas kerana di sanalah Musa akan bertemu dengan hamba Allah yang alim iaitu al-Khidir.

Seperti dijanjikan Allah, bertemulah musa dengan al-Khidir yang wajahnya tampak cahaya takwa dan iman. Musa meminta izin dari al-Khidir untuk ikut dan berjalan bersama ke mana sahaja al-Khidir pergi sebagai seorang murid. Al-Khidir menjawab,"Engkau tidak akan sabar dan tidak akan dapat menahan diri bila engkau bersamaku. Engkau akan nampak hal2 seakan2 perbuatan mungkar menurut pandanganmu". Musa menjawab,"InsyaAllah engkau akan dapati aku seorang yang sabar". Berkata Khidir lagi,"Jika engkau benar2 ingin berjalan bersamaku, berjanjilah yang engkau tidak akan bertanya tentang sesuatu sebelum aku memberitahu kepadamu. Engkau harus berjanji tidak akan menentang kerana aku akan memberi tafsiran dan alasan atas segala tindakanku di akhir nanti".

Bersambung...

Gerhana...


Sekarang pukul 12.18 malam...malam ke pagi? lantak ler...ni post aku sebelum tidur. Esok hari Jumaat, 15 january 2010...dijangkakan gerhana matahari...(gerhana matahari tau bukan lagu gerhana M Nasir tu)...Sebelum tidur nih aku nak ingatkan kawan2 dan pembaca blog aku, esok jangan lupa solat sunat gerhana...Jangan lupa!...solat sunat bukan wajib eh. Tapi apa salah kumpul pahala lebih...kalau gaji extra cepat je semua. Ni kira gaji extra gak la...gaji akhirat.

Pendek je post aku malam nih. Sama pendek ngan awek kedai nasik lemak depan umah aku..(pendek tapi muka manis)...sekian, Selamat Malam....

Iklan oh iklan...!


Lama la plak aku rasa iklan kat TV nih...kekedang aku naik fed up. Apa taknya, cerita seminit iklan berjam2...tp bila tgk iklan lelama nih teringat la plak aku masa aku kecik2 dulu. Aku memang suke gile tgk iklan kat tv...(walaupun tau dah iklan tu menipu)...terpacak la depan tv layan iklan. Ada 3 4 iklan yg masih terbayang dlm kepala otak aku yang aku xleh lupe sampai skang...

Iklan Trojan Perkasa...jeng 3x. Aku suka iklan ni dulu sebab trojan tu keluar macam hero giler...(walawey). Pastu dia pakai pedang je bersihkan baju. hidup2 aku kene tipu.



Iklan pencuci Axion...Yang ni lagi la syok. Secolek saja minyak tanggal segera...siap dgn twister lagi. Terus aku suh mak aku beli axion buat basuh pinggan..tp takde pun keluar twister tuh.



Iklan Brylcreem...time nih azhar sulaiman memang tgh top la. Bila iklan ni kuar je, aku slalu berangan depan cermin buat macam2 gaya rambut...(memang kritikal bab rambut nih dr kecik). Kira nak tiru gaya azhar sulaiman la kononnya. Sampai skang aku pakai minyak rambut brylcreem.



Iklan raya EON...ni satu lagi iklan aku takleh lupa. Sebab lagu dia je aku teringat sampai skang. Gila ko, time nih ramlah ram bergetah lagi. Lagu ni biasa je tapi best...aku ingat lagi masa cuti raya start reramai nyanyi lagu ni balik rumah...



Tu antara iklan2 dulu yang aku ingat sampai skang. Ada lagi macam iklan john plyer special..(ala yg balai raya dia roboh pastu dia ckp 'mungkin tidak')...aku nak share tapi takleh. Papepun seronok jugak sebenarnya layan iklan. Cuma jgn la lama sgt kang aku baling jugak TV ni keluar...

Piala Thomas 1992


Aku tetiba teringat dulu masa aku kecik2, aku pernah berangan2 nak jadi Rashid Sidek...huhu...Ingat lagi masa Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992 kat KL...masa tuh aku darjah 5. Time tuh masing2 beli raket badminton nak jadi macam Rashid Sidek lah, Foo Kok Kiong la...yang nak jadi Misbun pun ada. Masa demam Piala Thomas tu bersungguh2 aku kumpul duit nak beli raket cap....(cap apa ntah). Murah je harga dlm belas2 ringgit stok cikai punya. Tapi tu pun layan, janji dapat jadi macam Rashid Sidek. Kene lak masa tu semua orang kat kampung aku bersungguh2 layan badminton. Budak2, orang tua, cikgu2, tukang kebun, posmen, makcik kantin, pak imam...semua bercerita pasal piala thomas. Memang time tuh semua semangat dgn team Malaysia....sampai tokey kedai tempat aku beli raket pun bleh sound aku..."mau bili ini leket mau jadi selupa itu lasid sidek ka?". Terpacak la ramai2 depan TV bila Malaysia start lawan Indonesia. Bila Rashid kalahkan Ardy Wiranata, menjerit aku. Memang syok gile aku rasa layan badminton time tuh...semangat.

Sekarang...ada lagi ke suasana macam tuh? Piala thomas lepas jgn kata layan, siap ada yang tak tau piala thomas dah mula. Mana ada lagi dah satu keluarga kumpul ramai2 depan TV layan badminton...