Lagu Lagu pilihan aku...


Kat bawah ni ada beberapa lagu fav aku buat masa ni. banyak lagu indo tp bukan la aku bias kt lagu indon. dh memang bagi aku lagu diaorg sedap. lagu best, lirik sedap, bg aku diaorg buat lagu untuk org appreciate seni diaorg bukan mcm org malaysia buat lagu untuk bisnes. berapa ribu jual, berapa ribu tak jual. ni gak lak lagu yang aku suka nyanyi kalau pegi karaoke. maybe ada yg korg suke, ada yg tak. tp takpe, sapa nak request clip video artis aku boleh share kt blog ni. bgtau tau je lagu apa. member2 takde hal kira belanja. papepun layan dulu lagu fav aku....

Tercitpa Untukku / Ungu


Akhir Rasa Ini / Samsons


Cinta Dalam Hati / Ungu


Luluh / Samsons


Kekasih Gelapku / Ungu


Sandaran Hati / Letto


Ceritera Cinta / Jaclyn Victor & Rio Febrian


Kasih Tak Sampai / Padi


Jangan Lupakan / Nidji


Kisah Cintaku / Peterpan


Laskar Pelangi / Nidji

Teka Teki Teka Tekuk....


korang ingat lagi tak masa kecik2 dulu mesti korang suke main teka teki. macam2 la teka teki kita dengar..teka teki teka tekuk, ular mati atas pokok?... binatang apa keris di kaki?...macam2 lagi la. dulu masa kecik2 aku la paling terer main game ni...so, kalau tuan bijak bistari, cuba jawab teka teki kat bawah....
  1. Ada seekor anjing dh tak tahan nak kencing. lalu anjing tu pun carik la dinding dan melepas. soalannya, kenapa anjing bile nak kencing dia angkat kaki sebelah?
  2. Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
  3. Antara bulan dengan bintang, yang mana satu anak yang mana satu bapak?
  4. Seorang jejaka bernama bal nak naik bas pegi besut. tambang bas 60sen, tp si bal ni ada 50sen je. camne si bal ni nak naik bas?
  5. Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk?
  6. Kenapa si penggali kubur gali lubang kubur tak pakai kain pelekat?
  7. Emak si sood ada 5 orang anak iaitu hang tuah, hang jebat, hang lekir, hang kasturi dan hang?
  8. Kenapa kambing biri-biri putih lebih banyak makan rumput dari kambing biri-biri hitam?
  9. Bulan berapa yang perempuan paling kurang membebel?
  10. Apakah perbezaan antara gajah, tiang letrik dan bob?
  11. Bukak baju, pakai bedak, terjun kolam...apakah dia?
  12. Kenapa batman tak kawin dengan wonderwomen?
  13. Saya ada 5 biji epal, awak mintak satu, tinggal berapa?
  14. Lembu apa yang kita tak nampak dia tapi dia nampak kite?
  15. Kuih apa yang pembalut kat dalam, isi kat luar?
  16. Bila semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
  17. Jika seorang imam sedang solat, tiba2 datang seekor anjing menjilat kakinya. adakah sah solat pak imam itu?
  18. Nenek siapa pandai terbang?

jawapan ada kat ruangan comment kt bawah...sesape ada teka teki best, meh la kita berteka teki....

my family


Ni lah dia family aku...gambar ni tak masuk semua. nak ikutkan family aku 10 beradik, 6 laki-laki 4 perempuan. bapak aku cerita asal 15 beradik tp 5 org meninggal masa kecik. tinggal la kiteorg 10 beradik.












Ya Allah, Engkau kekalkanlah kebahagian dan kegembiraan dalam keluargaku. Amin...

Lagu ni aku suke...


Lagu ni aku suke sbb cam ada kene mengena ngan kisah aku sket kot...(jiwang jap)...tp serius embak, lagu ni asyik banget. kayak dibuey-buey ombak gitu dong. liriknya halus banget kayak nyindir gue yg udah putus cinta tp gue layan aja pasal gue rock...yea..yeargh..terus gue titip lagu ni buat kamu shemua dong...dengerin ya..sukses



Terlanjur Cinta...

waktu bergulir
lambat merantai langkah
perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi
mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku gengam
tak mudah untuk aku lepaskan

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurangku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna skali cinta
aku tetap cinta...

Lorong Lorong Iblis



Semasa Nabi Nuh as menaiki bahteranya berserta dengan semua jenis haiwan dan manusia berpasang-pasangan, Nabi Nuh as telah didatangi iblis yang menyerupai seorg lelaki tua. Dalam perdebatan itu, iblis telah menceritakan lorong-lorong bagi iblis untuk menghancurkan manusia...melalui cara ini iblis akan menghancurkan kita....


  1. Hasad dengki...kerana dengan hasad dengki iblis dilaknati Allah dan direjam. Hasad dengki jugak la buat manusia bergaduh dan berpecah-belah.

  2. Rakus...adapun perasaan rakus telah menyebabkan Adam as terkeluar dari Syurga.

  3. Kenyang makan meskipun halal...sebab kenyang akan menguatkan nafsu syahwat sebagai pedang bagi iblis untuk memesongkan manusia. kenyang juga memberatkan kita dari berzikir dan solat.

  4. Suka berhias pada pakaian dan rumah...terutama golongan wanita yang tak bleh jiran lebih dari dia. Sebab syaitan suka menghasut untuk itu sehingga kerugian umurnya. Boleh berhias tapi pada yang perlu sahaja.

  5. Tamak...

  6. Bakhil dan takut fakir...sampai tak nak sedekah pada fakir miskin. Walhal harta banyak tak terpakai. Takkan dengan bagi sedekah pada fakir miskin kita jadi papa kedana.

  7. Fanatik...fanatik pada mazhab, suka bermusuhan dan seterusnya memandang hina pihak yang lain. Orang kata biar berpada-pada sebab bersederhana itu dituntut dalam Islam.

sama-sama la kita menjaga lorong-lorong ni agar syaitan tak dapat masuk ke hati kita melalui lorong2 ini...InsyaAllah

Zaman Dolu-Dolu



Gambar ni sepupu aku bg...1st time tgk gambar ni nk tergelak pun ada. camni rupanya aku masa kecik. tp bile tgk gambar ni terigt kenangan lama masa kecik2 dulu. gambar ni masa kt umah arwah nenek aku...(skang dh roboh umah tu)...sebelah aku ijan, pastu ajin abg aku. blkg dr kanan si ira, maini, farah ngan mas...ermmm....bulat btul kepala aku masa kecik...hihii

My Dream Team.....


Setiap orang atau makhluk kat muka bumi ni yang minat bola mesti ada personal dream team....ni lah pasukan idaman aku yang aku rasa kalau aku ada player camni, confirm takde team bleh kalahkan aku....hehehehe...


pasal apa aku pilih diorg....

PETER SCHEMEICHEL (GK)....keeper paling mantap pernah aku tgk. sbb dia je denmark champ euro masa aku sekolah rendah. team denmark time tu takde la power mana tp sbb dia perform trus denmark dapat champ euro. dia gak la yg banyak jd hero kt man united sampai man u menang treeble...hahahaha....glory glory man united...kelemahan : kekadang dia ni bile period dtg, suke buat aksi mengarut.



ALESSANDRO NESTA (DC)...defender paling rileks penah aku tgk...(lek lus)...memang terer gila baca game. dia takde la ganas cam canavaro ke, lucio ke, dia rilek je...aleh2 kaki sampai...tackler tarbaiiiikkkkk...bagi striker skillfull camne pun, rilek je dia cantas...(lek lus).dah memang baka org italy sume terer jd defend...smart player...kelemahan : asyik injured je, kurang vitamin c kot.


JAAP STAM (DC)...sorg lagi defend center terbaik. botak bukan sebarang botak, badan godang kato org negri sembilan. tercirit la striker nak lopeh. dia ni masa world cup kek france 98, ronaldo gomok pun tak lopeh beb. punyo dasyat marking di ni. dia gak la benteng kebal man u tp sir alex pegi jual dia plak. bengang gak la aku ngan alex time tu. dia sms aku tak reply....(kenal ke?)...pape pun solid defender, strong in the air...kelemahan : cepat pancit dia.



LILIAN THURAM (DR)...defend pilihan aku yg hitam. walaupun hitam tp power beb. skali wat overlapping menggigil team lawan. tak heran la man u sibuk nak beli dia ni. kaki panjang sonang nak kait bola. pihak lawan memang tak nampak dia punyalah sbb dia agak golap. tu yg sonang curik bola tuh...pape pun org penting masa france juara world cup 98...ada peluang korg tgk dia main, mantap beb...(esp. france vs croatia)...kelemahan : dia rabun rupanye...


PAOLO MALDINI (DL)...dia ni takyah ckp la. dh memang legend bek kiri. gila kau tak legend, umur 17 dh main italy. ko bayangkan skang umur dh dekat nak pencen kerajaan tp kuderat dia cam budak umur 20an...muka dh la stok model, main superb plak tu...apo lai ko nak jang. member aku pilih roberto carlos defend kiri, tp bg aku maldini tetap di hati...legend yg blom bersara...kelemahan : agak lembab cam kura-kura gak la ble berlari.


STEVEN GERARD (MC/ML)...aku anti Liverpool tapi aku taknak bias. memang dia power beb...(dia je la, player liverpool lain xde de)...kalau malaysia ada bapa permodenan, ha! dia ni la bapa bola sepak moden...bukan bapa tp bapak...pace, energy, passion, accurate, power, leadership, semua la ada dia ni. tu yang kaka admire gila nak main ngan gerard sbb dia ada pakej complete pemain bola sepak zaman skang. kalau shoot dr jauh takyah cakap la, tarbaiiikk. tak caya ko tgk dia score masa lawan west ham, final piala FA...kelemahan : tak pernah solat sbb dia kristian...huhu


DAVID BECKHAM (MC/MR)...bila aku pilih dia ni ada kata sbb hensem. takde mana nyer...kalau pempuan ye sbb muka tp bg aku dia la the best crosser in the world. aku tak penah tgk player bleh cross bola tepat cam dia ni. dia punya crossing, passing memang takyah cakap la. memanjang tepat...freekick specialist...paling lawa masa england vs greece..trus england masuk world cup final...dia ni takde skill gempak cam ronaldo tp play simple pass...the best crosser beb...kelemahan : tak reti tanduk bola, tak reti sepak kaki kiri...cacat


ZINEDINE ZIDANE (AM)...player yg paling cool. skill, takyah ckp la...player brazil pun kene ole ngan dia. dia ni bg aku kira general dlm team...takyah nk ajar, dia tau apa nk buat. otai gile dia, kreatif nak mampus. tak heran la france sampai skang carik pengganti dia. skill paling glamour skill bola pusing...(dunga pun tergolek beb)...takde apa lg nak cakap, dia ni ada dalam team aku confirm menang...kelemahan : kekdg suke buat benda bodoh sampai dapat kad merah...pijak org la, tumbuk la, tanduk la...iskh...iskh...iskh....


LIONEL MESSI (FR)...kalau dh maradona pun suke kat dia ni, aku apa lagi. gile kecik tp lincah. bola dapat kat dia kompem sorg kene gentil. lari laju...magic la dia ni...badan kecik kaki pendek tp org takleh rampas bola. drible bola dh cam makan nasik goreng amerika...dia ni ceritanye memula nk main bola bnyk team reject sbb ketot...(ada masalah hormon).dia dh down sampai merajuk taknak main bola...last2 barcelona gak cekap amik dia masuk akademi barca. pastu diaorg suntik hormon bg besar sket. skang ni kira paling besar dia bleh pegi. menyesal team yg pernah reject dia dlu...barca memang bagus la bab nilai bakat org. dia tak tgk fizikal tp skill...cam korang gak, kalau ada kelemahan jgn down, entah2 kelemahan tu yg bg kite senang kemudian hari....fav player dlm team aku...kelemahan : bleh tahan slalu injured gak dia ni.

RUUD GULLIT (FL)...laju beb mamat ni. rambut berat tp laju...memula aku tak caya gak. lps aku tgk holland vs england, memang tidak syak lagi. laju natang...skillfull player. great finisher...senang citer kalau dia ni dalam kotak penalti, keeper duduk diam je la. jgn harap dapat tangkap bola tuh.muka cam lanun tp main cam hero hindustan...kelemahan : tak tau la plak pasal bukan zaman aku.





MARCO VAN BASTEN (SC)...striker sejati. one by one confirm gol. gila gempak la dia ni. stakat ni aku tak pernah tgk striker lain bleh beat dia...org kata torres, tp bg aku torres memang power tp ada kurang lagi dr dia ni. legend gila doh dia ni. angle tepi, tengah, atas, bawah, sume bleh score. tp sayang bersara awal pasal injured main team milan. striker holland paling mantap pernah holland ada. gol paling cantik masa world cup dari tepi penjuru kotak penalti. lawan team mana aku lupa...superb, bola silang dr kanan ke kiri gol...memang tak syak lg, dia ni lah striker tulen...kelemahan : entah...

Jangan Hisap Rokok....!



Maka dengan ini genaplah 4 bulan aku berjaya berhenti hisap rokok....fuh, seksa beb nak berenti. tuhan je la yang tau. lagi2 sebulan awal, ko rasa mcm nak pecah kepala. tp aku berjaya gak...hahahaha...(gelak bangga)....bukan nk bangga tp aku dlu sehari sekotak tu biasa beb..aku percaya ada yg lg dasyat dr aku sbb aku ada kenal doktor tu dulu sehari 2 kotak...(hisap rokok ke kunyah rokok doktor ni)...aku ada tips camne nak berenti. aku berenti budget aku RM0...tak payah beli ubat ngarut2 ckp lps mkn bleh berenti...aku dh try sume tak jln. last2, cara aku gak berenti trus....yg penting korng nk berenti ngan taknak je. nak tau camne nk berenti jgn segan2 tanya aku.....gerenti sukses embak...!