Lorong Lorong Iblis
Semasa Nabi Nuh as menaiki bahteranya berserta dengan semua jenis haiwan dan manusia berpasang-pasangan, Nabi Nuh as telah didatangi iblis yang menyerupai seorg lelaki tua. Dalam perdebatan itu, iblis telah menceritakan lorong-lorong bagi iblis untuk menghancurkan manusia...melalui cara ini iblis akan menghancurkan kita....
- Hasad dengki...kerana dengan hasad dengki iblis dilaknati Allah dan direjam. Hasad dengki jugak la buat manusia bergaduh dan berpecah-belah.
- Rakus...adapun perasaan rakus telah menyebabkan Adam as terkeluar dari Syurga.
- Kenyang makan meskipun halal...sebab kenyang akan menguatkan nafsu syahwat sebagai pedang bagi iblis untuk memesongkan manusia. kenyang juga memberatkan kita dari berzikir dan solat.
- Suka berhias pada pakaian dan rumah...terutama golongan wanita yang tak bleh jiran lebih dari dia. Sebab syaitan suka menghasut untuk itu sehingga kerugian umurnya. Boleh berhias tapi pada yang perlu sahaja.
- Tamak...
- Bakhil dan takut fakir...sampai tak nak sedekah pada fakir miskin. Walhal harta banyak tak terpakai. Takkan dengan bagi sedekah pada fakir miskin kita jadi papa kedana.
- Fanatik...fanatik pada mazhab, suka bermusuhan dan seterusnya memandang hina pihak yang lain. Orang kata biar berpada-pada sebab bersederhana itu dituntut dalam Islam.
sama-sama la kita menjaga lorong-lorong ni agar syaitan tak dapat masuk ke hati kita melalui lorong2 ini...InsyaAllah
0 Response to Lorong Lorong Iblis
Post a Comment